To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

EZAM MAKI TOK GURU NIK AZIZ DI SARAWAK


Senator Ezam Mohd Nor menegaskan isu mengenai peletakan jawatan Taib tidak seharusnya timbul kerana beliau sendiri telah mengumumkan perancangan persaraannya.

Taib, pada 19 Mac lepas, buat pertama kalinya mengumumkan perancangan persaraannya apabila menegaskan pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini adalah yang terakhir baginya sebelum menyerahkan pucuk pimpinan kepada penggantinya.

Ezam berkata, pembangkang cuba memainkan isu itu kerana mereka sangat terdesak dan sedia maklum bahawa dasar cemerlang yang dipegang Barisan Nasional (BN) negeri tidak mampu mereka tandingi.

Beliau juga berkata, mengenai isu peralihan kuasa, pembangkang sendiri tidak konsisten kerana Nik Abdul Aziz juga telah lama memerintah Kelantan tetapi pembangunan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu lebih perlahan daripada negeri Bumi Kenyalang.

“Memang pembangkang seperti biasa tak konsisten sebab di Kelantan, Nik Abdul Aziz juga lama (berkhidmat), dan pembangunan Kelantan jauh lebih buruk, tetapi dia masih boleh bertahan…sampai sekarang tak ada pelan peralihan berbanding dengan Sarawak.

Blackend Is The End

Dyers Eve