To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 April 2011

GAMBAR DAN KISAH PERJUANGAN ORANG ASAL KAMPUNG PARJE SUNGAI SIPUT











TITI GANTUNG SOLIDARITI RAKYAT SIAP !
Tidak ada yang mustahil, bila kuasa rakyat memerintah ….

Perkampungan Orang Asli Perje, Sungai Siput

Pada beberapa tahun dahulu, wakil-wakil penduduk orang asli daripada Kg Perje di DUN Lintang, Sg Siput telah meminta bantuan daripada ADUN kawasan tersebut (YB Fakeh Adam) dan MP Sg Siput pada masa itu (YB Samy Vellu) untuk membina sebuah titi gantung di kampung mereka. Terdapat sebatang sungai yang memisahkan petempatan para penduduk Kg Perje dengan tanaman mereka yang merupakan sumber ejonomi penduduk disana

Pembinaan titi gantung tersebut dapatlah membolehkan para penduduk menghasilkan tanaman masing-masing. Memangpun sebatang titi gantung dibina oleh para penduduk Kg Perje bertahun-tahun dahulu, tetapi titi gantung tersebut telah menjadi lama serta renggang dengan penggunaan menerusi masa yang lama. Faktor-faktor ini menjadikan titi gantung yang usuk tersebut berbahaya kepada para penduduk Kg Perje. Malangnya, kedua-dua individu tersebut berkata bahawa pembinaan titi gantung tersebut tidak dapat dilaksanakan akibat kewangan yang tidak cukup.

Selepas pertemuan dengan mereka, wakil-wakil tersebut membuat keputusan meminta bantuan dari Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Jeyakumar. Dr. Jeyakumar sebagai ahli PSM iaitu parti pembangkang memang tidak mempunyai sebarang sumber kewanagan dari pihak kerajaan akibat polisi BN hanya beri kepada Wakil rakyat BN sahaja. Walaupun menghadapi kemelut kewangan, Dr Jeyakumar serta ahli-ahli lain daripada PSM cawangan Sg Siput bersetuju juga untuk membuat projek pembinaan titi gantung di Kg Perje.
Pengalaman tersebut dipenuhi dengan cabaran tertentu termasuklah cuaca yang tidak mengizinkan, penunggahan tarikh bagi meneruskan pembinaan dan ugutan kerajaan BN terhadap para penduduk Kg Perje supaya tidak menyumbang kepada pembinaan titi gantung tersebut.

Namun begitu, proses pembinaan tersebut tetap diteruskan dengan bantuan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah ahli-ahli PSM daripada cawangan lain dan beberapa sukarelawan. Terdapat juga beberapa pihak yang menyumbang kepada pembinaan titi gantung tersebut melalui bantuan kewangan bagi membolehkan segala benda serta alat yang diperlukan untuk pembinaan titi gantung tersebut dapat disediakan. Aspek teknikal pula seperti pelan membina titi gantung mendapat sumbangan daripada beberapa rakan yang berkemahiran khususnya Sdr Ir Haji Mazlan, seorang bekas jurutera tentera dan merupakan salah satu pemimpin PAS di kawasan Sg Siput U. Beliau serta pasukannya yang terdiri daripada ahli-ahli PAS juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan titi gantung di Kg Perje.

Akhirnya setelah satu tahun setengah, projek pembinaan titi gantung di Kg Perje telahpun berjaya dihabiskan. Pada 20 haribulan Februari baru-baru ini, pelancaran titi gantung tersebut diadakan di Kg Perje dan seramai 200 orang telah hadir termasuklah hampir semua orang yang menyumbang kepada pembinaannya. Setelah sebuah persembahan daripada beberapa penduduk Kg Perje dan beberapa ucapan daripada individu tertentu seperti Dr. Jeyakumar, Ir Haji Mazlan, Bekas menteri besar Perak, YB Nizar, Saudara Nagen, akil jaringan orang Asal, pemimpim PSM Komrad Saras dan SUA Sdr S.Arutchelvan maka pembukaan titi gantung dirasmikan dengan pemotongan riben olehsemua kumpulan yang telah mengusahakan projek tersebut.

Hari tersebut adalah amat bersejarah di tanah air kita kerana buat kali pertama seorang MP daripada parti pembangkang telah berjaya menempuhi cabaran besar tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan BN. Sebaliknya, dengan daya usaha yang berterusan oleh pihak-pihak terlibat serta kuasa rakyat yang teguh dapatlah projek pembinaan titi gantung ini berjaya dilaksanakan dan dihabiskan..

Blackend Is The End

Dyers Eve