To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 16 April 2011

GAMBAR TOKEY MAJALAH PLAYBOY DAN ISTERINYA


LOS ANGELES – Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang memiliki kekayaan bernilai AS$80 juta (RM242.08 juta) enggan membuat perjanjian praperkahwinan dengan bakal isterinya yang merupakan bekas model majalah bogel tersebut, Crystal Harris, lapor sebuah akhbar semalam.

Hefner yang berusia 84 tahun difahamkan tidak mengambil peduli nasihat orang lain tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Harris.

Dia tetap berpendirian bahawa wanita berusia 24 tahun itu menyayangi dirinya tanpa memandang soal harta atau kemewahan.

Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun depan selepas Hefner melamar Harris pada Krismas lalu.

Hefner menghantar komen di laman Twitter beberapa bulan lalu yang berbunyi: “Selepas saya memberi Harris cincin, dia terus menangis. Ini merupakan hujung minggu paling gembira dalam memori saya.”

Ketika status perjanjian praperkahwinan mereka tetap diperkatakan, perkahwinan pasangan itu terus menjadi kontroversi.

Bekas teman wanita Hefner, Kendra Wilkinson berkata kepada E!: “Saya belum membuat keputusan untuk datang pada majlis itu atau sebaliknya. Saya tidak bergurau. Saya sebaliknya marah apabila mendengar tentang perkahwinan mereka.”

Wilkinson bagaimanapun bertuah selepas Hefner membenarkannya menggunakan rumah agam miliknya untuk majlis perkahwinan bersama bintang bola sepak Amerika, Hank Baskett pada tahun 2009.

Seorang lagi bekas kekasih Hefner, Holly Madison pula lebih kecewa dan melepaskan kemarahannya kepada Harris.

“Dia (Harris) memiliki karakter misteri. Saya telah lihat ramai wanita yang cuba mengenali rapat dengan Hefner. Ada setengah daripada mereka yang bermotif jahat.

“Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah kepada Hefner menerusi Twitter. Tetapi, saya ingin berada di sana bagi menyaksikan perkahwinan mereka,” jelasnya.- Agensi

Blackend Is The End

Dyers Eve