To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 April 2011

INI DIA GAMBAQ TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA DAN AWEKNYA YANG KENA TANGKAP BASAH - HANYA DI BLOG ABU NAWAS


PULAU PINANG 19 April – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi di sini Sabtu lalu.

Kisah Ustaz dan ustazah tak senonoh click SINI

Salim, 51, memakai kemeja biru dan berseluar hitam sementara Nur Diayana, 30, berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya kira-kira pukul 10 pagi.

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang sambil memandang antara satu sama lain serta berkata “tidak mengaku bersalah” ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka berdua berhubungan tuduhan yang didakwa.

Sebelum itu, Salim hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan ditemani isterinya manakala Nur Diayana kira-kira 1 jam selepas itu dengan menaiki Honda CRV kelabu.

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada hanya RM1,000 sahaja.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Beliau membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini bagi mengelak mereka menghilangkan diri semasa perbicaraan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.

“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini

Blackend Is The End

Dyers Eve