To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 April 2011

JATUH BANGUNAN LAGI


Hari ni Abu Nawas betul2 punya sokong dengan puak puak demo ni.. maunya Abu Nawas tak sokong...puak puak ni mintak SPRM jangan tunduk dengan mana mana pihak...

Fuhh betul la..kalau tunduk nanti gayat..bila gayat tak jadi la nak jatuh kebawah sebab teloq dah kecut...

Kalau tak percaya cuba hang naik bangunan tinggi lepas tu try tunduk kebawah..comfirm teloq kecut punya kah kah kah.

Ok, SPRM kali ni jangan dok tunduk dah.... kita bako aje kata Usop Wilca kah kah kah.. Lagipun boss SPRM dah kata lepas ni semua soal siasat buat kat bawah saja... jadi macam mana nak tunduk..kena langgut la pulak kah kah kah..

Macam LLN la pulak..langut langut naik..kah kah kah...
.................................................................................................

NGO mahu SPRM tak tunduk desakan - Berita Umno


PUTRAJAYA: Lebih 50 orang daripada 15 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara, semalam menyerahkan memorandum bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menggesa suruhanjaya itu tidak tunduk dengan desakan mana-mana pihak dalam usaha membanteras kegiatan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Mereka juga memberi amaran kepada pihak terbabit terutama pembangkang supaya tidak bersikap pilih bulu dan menuding jari kepada SPRM berhubung pelbagai isu yang timbul.
Perkara berkenaan dinyatakan dalam memorandum empat muka surat diserahkan wakil NGO terbabit merangkap Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abdul Razak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

"Kami tidak mahu SPRM dipolitikkan mana-mana pihak. Justeru, kami ingin memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan berbuat sesuka hati dan cuba campur tangan apa yang dilakukan SPRM," katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve