To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

LAGI CERITA KENA ROGOL DI KEDAH.


JITRA: Hasrat seorang gadis berusia 16 tahun untuk mencari kerja bagi membantu menyara keluarganya berkecai apabila dirogol seorang pengawal keselamatan bank yang berjanji mencari pekerjaan sesuai baginya, Ahad lalu.

CLICK SINI UNTUK BACA KISAH BUDAK PENANG SESAT DI SERAWAK



Pengawal keselamatan itu ialah jirannya menyebabkan mangsa yang sudah berhenti sekolah, tidak mengesyaki lelaki berusia 55 tahun terbabit mempunyai niat tidak baik ke atasnya.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 8.30 pagi di sebuah bank di Changlun dekat sini dan suspek dipercayai mengambil kesempatan berikutan hari itu cuti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa mengikut suspek dengan membonceng motosikal lelaki itu menuju ke bank selepas pengawal keselamatan terbabit menawarkan bantuan untuk mencari kerja.

Suspek memberitahu dia boleh mencari kerja sebagai pengawal keselamatan di bank tempat dia bekerja menyebabkan mangsa dan keluarga mempercayainya.

“Suspek dipercayai merogol mangsa beberapa kali di premis itu sebelum menghantarnya pulang. Mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada bapanya lalu membuat laporan polis,” katanya semalam.

Sementara itu, pengawal keselamatan terbabit direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Blackend Is The End

Dyers Eve