To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 April 2011

LAGI JATUH BANGUNAN DI SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.

Pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail.

Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan

Blackend Is The End

Dyers Eve