To Live Is to Die

free counters

Khamis, 7 April 2011

LAKI BETINA LUBNAN LAWAN SEPUPU DI DUN BALINGIAN

TAIB akan ditentang saudara sepupunya, Salleh (kanan) di Balingian.

SEKURANG-kurangnya 13 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini atas faktor pertembungan di antara calon berprofil tinggi serta kemungkinan menjanjikan saingan sengit di antara calon Barisan Nasional (BN) dengan lawannya, termasuk calon Bebas yang berpengaruh.

Jangkaan itu berdasarkan senarai calon diumumkan setiap parti bertanding sebelum ini serta individu yang menyatakan hasrat memberi saingan sebagai calon Bebas. Senarai muktamad semua calon akan diketahui apabila proses penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan, ditutup menjelang tengah hari ini. Paling menarik perhatian tentunya di DUN Balingian, kubu kuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih. Menariknya, beliau akan ditentang oleh saudara dua pupunya sendiri, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang mengumumkan keputusan kembali semula ke arena politik, semalam. Seorang lagi calon ialah muka baru, Suriati Abdullah, 50, peniaga mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika ditemui Berita Harian di sebuah hotel di Kampung Dato di Sibu, Salleh berkata, beliau akan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang kunci dan mendakwa mengetuai pasukan MoCS (Movement for Change Sarawak), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diterajuinya.

“Saya bukan menentang BN kerana saya menyokong Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya menentang Abdul Taib. Saya akan bertanding di mana saja Abdul Taib bertanding,” katanya.

Beliau antara bekas pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang cuba menjatuhkan Abdul Taib sejak 1980-an lagi. Salleh, pernah menang pilihan raya negeri atas tiket BN di DUN Balingian pada 1974 dan 1977 sebelum dilantik Senator pada 27 Mac 1977.

Beliau menang kerusi Parlimen Mukah atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum 1978 dan dua tahun kemudian, menang tanpa bertanding pilihan raya kecil DUN Oya. Pada 1983, beliau mempertahankan kerusi berkenaan tanpa bertanding, tetapi kemudian keluar daripada PBB, sekali gus mengosongkan kerusi Oya pada 1986 yang memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
Salleh kembali bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil berkenaan, tetapi tewas kepada calon BN, Wan Madzihi Madhzar.

Ketika Peristiwa Ming Court 1987, beliau mewakili PERMAS di kerusi DUN Subis dan mengalahkan calon BN, Yusuf Sani Wahab dan tiga tahun kemudian bertanding di Parlimen Bintulu menentang Datuk Amar James Wong Kim Min (BN), tetapi kalah dan kecewa lagi di DUN Belawai kepada wakil BN, Hamden Ahmad pada pilihan raya negeri 1995.

Pemerhati politik meramalkan kerusi lain yang menjadi tumpuan pada 16 April ini kebanyakannya di kawasan majoriti pengundi Cina, di sini, Sibu dan Miri.

Saingan di Padungan misalnya, menarik kerana penyandang kerusi, Dominique Ng Kim Ho semalam mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti itu menyerahkan kerusi berkenaan kepada DAP. Beliau dijangka mempertahankan kerusi itu atas tiket Bebas menentang dua muka baru mewakili BN dan DAP, masing-masing Sim Kiang Chiok dan Wong King Wei.

Lebih menarik pertembungan dua peguam di Ba’kelalan apabila Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang diramal calon pilihan atas popularitinya memperjuangkan isu tanah adat akan cuba merampas kerusi berkenaan daripada BN yang mempertaruhkan muka baru, Willie Liau menggantikan penyandang, Nelson Balang Rining. Kerusi itu mendapat perhatian apabila calon BN di situ hanya diumumkan semalam, sehari lewat selepas senarai 70 calon lain daripada BN diumumkan.

Muka baru daripada PBB juga dipertaruhkan BN, iaitu Martin Ben di DUN Kedup menentang dua pesaing, Lainus Anak Andrew Lunak daripada PKR dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Belayong Anak Jayang. Martin adalah anak kepada bekas pemimpin politik veteran di negeri ini, manakala Lainus pula bekas Ahli Parlimen Serian ketika menang bertanding atas tiket Bebas.

Turut menarik perhatian ialah kerusi DUN Semop dengan calon muka baru BN, Abdullah Saidon dijangka dicabar hebat oleh calon anak tempatan, Yusuf Abu Samah, 58, – seorang juruukur bahan dan calon PKR, Kiprawi Suhaili.

Pemerhati politik berpendapat BN tidak akan berdepan masalah besar untuk mengekalkan kerusi di kawasan tradisinya serta DUN yang bermajoriti pengundi Melayu, tetapi kawasan dengan pemilih majoriti Cina dikategorikan sebagai ‘kelabu’.

Pertembungan di Simunjan membabitkan dua sahabat, Naroden Majais mewakili BN dan Mashor Hossen daripada PKR, manakala di Bukit Begunan bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara wakil BN, Mong Dagang dengan bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Jimmy Lim @ Jimmy Donald yang juga bekas pegawai khas kepada Tan Sri Dr Leo Moggie serta seorang lagi calon, Ivanhoe Anthony Anak Belon daripada SNAP.

Saingan sengit juga dijangka di Batang Ai di antara calon BN, Malcolm Mussen Lamoh dengan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Sarawak, Nicholas Bawin Anak Anggat mewakili PKR, manakala di Kerian, penyandang kerusi daripada BN, Peter Nyarok Entri menentang peguam terkenal, Anthony Liman Anak Sujang daripada SNAP dan calon PKR, Ali Anak Biju.

Pertandingan tiga penjuru juga berlaku di Telang Usan di antara muka baru mewakili BN, Dennis Ngau dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi itu, Kebing Wan daripada SNAP dan calon PKR yang juga bekas Ahli Parlimen Baram, Harrison Ngau Laing. Setakat petang semalam, dua kerusi, iaitu Bukit Kota dan Jemoreng hanya mengundang minat BN yang menamakan calonnya, masing-masing Addul Rahman Ismail dan Abu Seman Jahie. TAIB akan ditentang saudara sepupunya, Salleh (kanan) di Balingian.

Pertandingan tiga penjuru juga berlaku di Telang Usan di antara muka baru mewakili BN, Dennis Ngau dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi itu, Kebing Wan daripada SNAP dan calon PKR yang juga bekas Ahli Parlimen Baram, Harrison Ngau Laing. Setakat petang semalam, dua kerusi, iaitu Bukit Kota dan Jemoreng hanya mengundang minat BN yang menamakan calonnya, masing-masing Addul Rahman Ismail dan Abu Seman Jahie.

Blackend Is The End

Dyers Eve