To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

LELAKI MENYAMAR JADI KASTAM UNTUK BUNUH DIRI


Ini berita pelik... tak ada yang pelik melainkan berita pelik yang ini hari ini. Sorang mamat telah menyamar jadi kastam. Mamat ni memang lapaq mampuih. Pak pak kastam yang dok ada pun dah pakat nak berhenti jadi kasatam, mamat ni pulak nak belakon jadi kastam keh keh keh.

Mamat ni tak takut ka kena siasat sampai mati. Kalau nak menyamar pun, menyamar la jadi pompuan dalam facebook lepas tu boleh la sembang sembang lucah dalam Facebook macam ustaz orang kuat Pemuda Pas Penang ni INI dan INI kah kah kah... Kawan baik anak MP baling ustad ni kah kah kah.

...........................................................

Lelaki menyamar kastam ditahan

KAJANG: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kastam dan disyaki terlibat dalam 'rampasan' pelbagai jenis rokok Suria bernilai RM2,000 di sebuah kedai runcit, Sabtu lepas, ditahan di sebuah rumah di Taman Seri Mewah di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan pada pukul 3 pagi hasil maklumat orang awam.


"Hasil serbuan itu, kami merampas sebuah van jenis Kia Pregio bersama kuncinya, rokok Suria bernilai RM2,000 dan wang tunai RM3,000 yang dipercayai hasil peras ugut terhadap peniaga kedai itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman berkata lelaki terbabit kini ditahan di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.


Sementara itu dalam kes berasingan, enam lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi kenderaan jenis Waja, ditahan secara berasingan sejak 7 Feb lepas hingga semalam.


Azman berkata mereka yang berumur 30 hingga 45 tahun itu ditahan bersama-sama empat kereta Waja yang dipercayai dicuri dan polis merampas pelbagai jenis kunci pendua kereta curi itu.

Beliau berkata ada antara mereka yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi kenderaan

Blackend Is The End

Dyers Eve