To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 16 April 2011

MAT ZAMRI KADIAQ TAK TAU SPRM MAU SIASAT SAMPAI MATI DIA PUNYA EXCO


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata beliau tidak tahu menahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan kes rasuah terhadap seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, SPRM tidak memaklumkan beliau mengenai perkara itu dan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
"Macam mana saya nak komen? Saya langsung tidak dimaklumkan perkara ini oleh pihak SPRM. Mereka tidak pernah memberikan sebarang taklimat kepada saya...Bagaimana saya nak memberikan komen terhadap si polan bin si polan itu," katanya kepada pemberita selepas penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12 di sini, hari ini.
Zambry berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pada sidang akhbarnya sebelum itu bahawa seorang EXCO kanan Kerajaan Negeri Perak ditahan dan disoal siasat lebih lima jam oleh SPRM baru-baru ini.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Perak turut menggesa Dr Zambry memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana tindakan berdiam diri boleh menimbulkan syak wasangka buruk seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri memandang remeh isu rasuah.

Blackend Is The End

Dyers Eve