To Live Is to Die

free counters

Isnin, 11 April 2011

MAYAT LELAKI RENTUNG DI KENAL PASTI


KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta Honda Civic lama di Taman Happy Garden di sini dikenal pasti sebagai seorang pekerja kedai cat kereta yang dilaporkan hilang di Seremban pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, identiti lelaki tersebut telah dikenal pasti setelah bedah siasat dibuat ke atas mayatnya.

"Kita telah selesai membuat bedah siasat dan pihak keluarganya sendiri telah pun membuat pengecaman dan mengesahkan identiti lelaki tersebut.

“Isterinya sendiri juga telah mengesahkan kereta yang dibakar tersebut adalah milik suaminya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Abdul Bari berkata, isteri lelaki tersebut telah pun membuat laporan polis di Seremban mengenai kehilangan suaminya.

Beliau berkata, walaupun mayat lelaki tersebut telah 90 peratus terbakar namun mayatnya telah di kenal pasti menerusi beberapa tanda yang terdapat pada badannya.

Blackend Is The End

Dyers Eve