To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 9 April 2011

PEGAWAI BANK DI PENJARA SEBAB SEKODENG WE KA SIONG


KUALA LUMPUR 8 April - Bekas pegawai sebuah bank tempatan dihukum penjara dua hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun-akaun Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kepada pihak ketiga.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas K. Jeyamary, 34, yang didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari tahun lalu di Tingkat 2, Setapak Business Centre, Jalan Genting Klang dekat sini.

Wanita itu yang sebelum ini bekerja di Malayan Banking Berhad (Maybank) di Setapak didakwa telah mendedahkan maklumat akaun-akaun Ketua Pemuda MCA itu kepada kenalannya yang juga seorang penyiasat persendirian, M. Ramesh sewaktu bekerja dengan bank terbabit.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya.

Kes tersebut merupakan kes pertama dibawa ke mahkamah mengikut seksyen tersebut.

Ketika mengemukakan rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Jag Ramachandran memohon agar mahkamah hanya mengenakan hukuman bon berkelakuan baik bagi memberi peluang kedua kepadanya untuk membaiki kehidupan.

Jeyamary menyatakan, dia telah bekerja selama lapan tahun dengan bank tersebut sebelum diberhentikan pada Mac tahun lalu selepas digantung kerja.

Menurutnya, dia tidak mendapat sebarang faedah daripada kesalahan tersebut dan secara terbuka memohon maaf kepada Ka Siong.

Sementara itu, pendakwaan yang dikendalikan oleh tiga pegawai pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM), Mohd. Syahkirin Mahtop, Alvin Ong dan Riduan Baba membantah bon dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan amat serius..

Blackend Is The End

Dyers Eve