To Live Is to Die

free counters

Khamis, 7 April 2011

PEJABAT KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DI BOM


ALOR SETAR: Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang telah melontar bom molotov dan batu
sungai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 3 dan 5 pagi tadi.

"Hanya kebakaran kecil yang berlaku dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya. Jurucakap KUIN berkata individu yang melontar bom molotov itu dipercayai
memasuki kawasan kolej melalui pintu belakang dan ketika kejadian, hanya seorang
pengawal yang bertugas.

"Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes ini," katanya.

Jumaat lalu, 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz KUIN mengadakan
demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin dan
membantah tindakan pengurusan kolej itu mengambil alih sebahagian besar bangunan
Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

Blackend Is The End

Dyers Eve