To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 9 April 2011

SPRM JANJI AKAN SOAL KAK LIMAH DI TINGKAT BAWAH SAJA


Kak Limah kelihatan tenang apabila SPRM berjanji akan menyoalnya di tingkat bawah saja.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dilakukan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.

Bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, pengawasan sepanjang masa dilakukan oleh pegawai SPRM.

SPRM juga meneliti untuk memasang jeriji besi di tingkap kaca bagi mengelak kemalangan.
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM mencadangkan agar SPRM diberi
peruntukan segera bagi menambah baik sistem kawalan keselamatan dan kawal selia, termasuk pemasangan CCTV.

SPRM mengesan beberapa juta ringgit dalam akaun pegawai-pegawai kastam yang ditahan dalam operasi 3b serta lebih RM2 juta dalam akaun milik seorang pengarah yang sudah bersara.

Blackend Is The End

Dyers Eve