To Live Is to Die

free counters

Khamis, 21 April 2011

an Sri Adenan Satem Masuk Hosptal kerana pening Kepala


Apa Mat setem ni dok merepek? Dia kata kat Pas ka dia kata kat Umno? kah kah kah.. parti yang tak ada di sarawak umno bukan Pas. Kah kah kah...

Sebenaqnya Mat Setem ni sudah panas. Mat Setem marah kat DAP dan PKR sebab DAP dan PKR sudah menang banyak kerusi. Mat Setem lepas marah dekat Pas kah kah kah..

Patut la nama di Mat Setem... sebab dia punya kepala sudah pening lalu taruh setem kah kah kah. Dari pakai nama Mat Setem lebih baik pakai nama Mat Stim kah kah kah... keras memanjang...
...............................................................................................

Pas ditolak sepenuhnya di Sarawak – Adenan Setem- Utusan Umno

KUCHING 20 April - Kekalahan semua calon Pas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu, membuktikan parti itu bukan sahaja gagal mendapat sokongan malah ditolak sepenuhnya oleh rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem berkata, kegagalan itu pastinya menjadi satu pengajaran kepada Pas bahawa rakyat khususnya bumiputera masih mempunyai keyakinan tinggi terhadap kerajaan BN.

“Saya melahirkan keyakinan bahawa pengundi di kawasan Parlimen Santubong yang merangkumi DUN Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut akan menolak parti pembangkang, sekali gus terus memberi sokongan kepada kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

“Ini kerana kerajaan BN mampu membawa perubahan dan pembangunan untuk kesejahteraan negeri dan seluruh rakyat Sarawak,” katanya pada majlis Jamuan Makan Malam meraikan kemenangannya di Kelab Golf Sarawak, di sini malam tadi.

Adenan mempertahankan DUN Tanjung Datu selepas menewaskan calon Pas, Nani Shaari dan calon bebas, Gilbert Asson Kulon dengan majoriti 3,216 undi.

Selain Tanjung Datu, Pas turut meletakkan calonnya di Sebuyau, Beting Maro, Muara Tuang dan Sadong Jaya.

Blackend Is The End

Dyers Eve