To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 15 April 2011

TERKINI DARI SARAWAK : MAT MAHADER DATANG BAWAK 4 KAD "ACE"

Abu Nawas nak ucapkan selamat mengundi kepada semua warga Sarawak. Apa yang Abu Nawas nampak PRN kali ini Bn betul2 kalam kabut.

Tahniahlah kepada Anwar dan rakannya yang berjaya mensasar dengan tepat isu pada PRN kali ini.
Abu Nawas tak pernah ulas isu Sarawak kerana Abu Nawas tak ada di sana,

Abu Nawas cuma terima berita dari kawan kawan dari sana melalui email dan sms.

Semalam Abu Nawas bersembang pulak dengan mamat Umno yang baru balik dari sana.
Apa yang ada dalam geluk sakti Abu Nawas, DAP akan menang banyak kerusi di sana dan di ikuti dengan tak lebih dari 5 kerusi dari PKR dan 0 kerusi dari Pas.

BN semakin tertekan kerana mereka juga tahu sokongan rakyat Sarawak di ketika ini masih terus menerus kepada DAP dan PKR. namun umpama nyawa yang masih belum sampai ke halkum BN akan buat apa saja untuk menang.


Malam ini perang saraf terakhir akan berjalan dengan berbagai propaganda. Yang Abu Nawas nampak lagi dalam geluk jampi Abu Nawas ialah isu Kristian. Maka malam ini siap sedialah orang Islam Sarawak untuk menerima macam2 risalah anti kristian.


Hari ini pula Mat Mahader sudah sampai ke sarawak untuk last kad. BN telah sediakan 8 kad Ace dalam 52 kad... Kad apa yang hilang? Tunggu sajalah esok pagi.. apakah kehadiran Mat mahader akan mengubah keadaan? atau rakyat sarawak akan terus mahu di cengkam dengan penindasab? Jumpa lagi jam 12 malam esok...

..............................................................................

Dr Mahathir muncul sertai kempen BN Sarawak - Berita UMNO

MUKAH: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul menyertai kempen Barisan Nasional (BN) yakin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mampu mengatasi tekanan pihak yang mendesaknya melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandang sejak 30 tahun lalu. Beliau berkata, sebagai pemimpin berpengalaman, Abdul Taib lebih tahu bila masa sesuai untuk berundur dan pihak lain tidak perlu memberi tekanan.

"Saya pernah melalui apa yang sedang dilalui beliau, saya amat yakin beliau mampu menghadapinya dan tahu apa yang patut dibuat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berambeh Jegem Tun Dr Mahathir Mohamad di Kingwood Resort, di sini, hari ini.
Lebih 2,000 penduduk Mukah menghadiri majlis itu bersama Abdul Taib dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Dr Muhamad Leo Toyad. Mengenai pilihan raya negeri hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau percaya angin perubahan akan berlaku di negeri ini tetapi bukan membabitkan pertukaran kerajaan, sebaliknya lebih banyak pembangunan akan dibawa kerajaan BN selepas pilihan raya.

Dari Blog Raban dayak Baru

Tranformasi Kerajaan Sarawak
Pada tanggal 16.4.2011 akan bakal mencatat sejarah negeri Sarawak, mungkin berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan yang korup yang dikenali sebagai tranformasi kerajaan Sarawak....

Pergi, jangan tak pergi. Pangkah Orang Lama keluar dari ADUN Sarawak. Awang Tengah sekali kasi tendang sama dia. Jangan kita hari ini cakap macam ini tapi esok cakap lain pulak. Sedang kita memangkah kertas undi ingatkan diri sendiri tentang satu perkara penting: 30, 40, 50 tahun dah awak pangkah lambang yang sama tapi setiap tahun nasib orang kampung awak masih tidak terbela; makin celaka ada lah pulak. Apa kata awak pangkah lambang ayam, atau roket atau cacing pulak? Lepas tu kita tengok apa akan jadi. Kalau masih tak ada perubahan, kita berbalik kepada lambang Dacing Taib Mahmud. Bukan kita hendak lupakan dia sekaligus, tak, kita cuma nak try cuba uji testing sesuatu yang tak biasa kita buat.

BECAUSE, tuan-tuan dan puan-puan, selagi gang Taib mendapat majoriti besar selagi itu lah Taib tak akan berundur dari ofis Kepala Menteri Sarawak. Dia tak akan tewas di Kerusi Balingian. Sampai bila-bila pun dia tak akan tewas. Tetapi satu perkara kita boleh buat – jatuhkan orang-orang dia di kerusi masing-masing. Gagalkan dominasi dua-pertiga atau tiga-perempat. Kesurutan majoriti dalam bentuk ini akan memberikan tamparan hebat kepada dia. Rasa hormat Najib dan BN Malaya pada dia pun akan surut, dan ini sekaligus akan memberikan sense of kesurutan kepada dia… dan dia pun akan surut dengan sendiri nya dari politik Sarawak yang kian menyurut. Minta maaflah kepada YB-YB Taib yang akan kita gulingkan semasa pilihanraya nanti. Kita bukan nak kenakan budak-budak tu, kita nak akhirkan zaman pemerintahan bapak budak tu. Percaya lah, ini lah satu taktik yang terbaik yang kita boleh fikirkan setakat ini. Kalau nak harapkan Baru Bian bertanding satu-lawan-satu dengan Taib, atau Anwar Ibrahim sekali bertanding melawan Taib, tak akan gugur Tok Uban di Bumi Kenyalang. Semakin bertambah ramai pulak bini dia nanti.

Blackend Is The End

Dyers Eve