To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 20 Mei 2011

BAYAQ ZAKAT KEPADA TUAN GURU MAT DOGOL

Bila Dr Nasir dan Mat Sabu kata orang Islam kena kaji sama ada wang zakat boleh di berikan juga kepada orang bukan Islam yang fakir serta miskin, maka ramailah puak-puak ketuanan melayau umno dan Pas kata ini semua sudah sesat.

Ini harammmm... Ini duit orang islam, orang bukan Islam yang miskin tak boleh ambik duit ni.
Lagi hebat ada pulak yang bikin demo depan pejabat Dr Nasir kata Dr Nasir sudah kafirrr...

Kah kah kah..
Tapi mamat ni pulak bayaq duit zakat kat Mahaguru.. RM62ribu lebih..+

wau..tentu bertimbun harta mamat ni... kah kah kah
Daripada terlepas kat cina dan india bukan islam yang miskin lebih baik kasi dekat mahaguru yang ketuanan melayu kah kah kah

................................................................................................
MANGSA...Nazri dan adik lelakinya menunjukkan laporan polis dibuat mereka.

JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan ‘mahaguru.’

Mangsa, Nazri Mohd Noor, 40, berkata, bomoh berusia 37 tahun itu licik menipu dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk mengadakan satu ‘demonstrasi’ khas kemampuannya mengembalikan sebahagian daripada harta bernilai RM2.8 juta itu dalam bentuk wang tunai.

“Kami berkenalan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 27 Mac lalu dan tertarik dengan keistimewaannya, antaranya mampu melihat dan berkomunikasi dengan pemegang amanah alam ghaib.

“Lelaki yang tinggal di Masai itu memberitahu sudah tiba masanya keluarga kami memiliki kekayaan nenek moyang kami yang keseluruhannya bernilai RM2.8 juta dan dia mampu menukar harta itu dalam bentuk wang tunai untuk kami.

“Bagaimanapun, kami terlebih dulu perlu membayar wang ‘zakat’ RM53,000. Selepas berbincang, kami adik-beradik setuju membenarkan lelaki itu mengadakan upacara menzahirkan duit berkenaan di kampung kami di Kelantan, pertengahan April lalu,”.

Blackend Is The End

Dyers Eve