To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 21 Mei 2011

BILA PENJUAL MINYAK BELACAK BERADA DI PENTAS PAS


Akhirnya Leman berada di pentas Pas dalam Himpunan 10ribu Pemuda Pas Kelantan. Kalau di uptown Perda orang mungkin pandang leman lekeh sebab dia hanyalah menjual minyak belacak di kaki lima berbekalkan pelita kabat sambil berceloteh. Ramai yang berhimpun mengelilingi Leman kerana terpesona dengan kepetahan Lemah bercakap dan berlawak.

Siapalah akan menyangka bahawa Leman atau lebih di kenali dengan panggilan Man Belacak di kalangan kawan2nya sebenarnya adalah seorang peguam. Bukan peguam yang mengejar kedudukan dan mahu hidup mewah tetapi peguam turut sama dalam gelombang rakyat sehinggakan telah di pecat daripada jawatanya sebagai peguam kontrak kerajaan kerana di tangkap ketika Himpunan Bersih dulu.

Nama Leman mula di kenali apabila beliau menyertai rancangan realiti tajaan TV kapitalis Raja Lawak dengan membawa lawak orang kampung walaupun hanya bertahan sehingga minggu kelapan.

Ramai pak ustaz yang suka maki hamun Raja Lawak kerana kata mereka ini adalah rancangan setan kerana mengajak orang ketawa. Tapi Pak Ustaz yg kaki maki hamun orang tu tak pulak kata yang dia itu adalah kepala bapak setan kerana mencari duit dengan menjual agama.

Hari Ini Leman sudah berada di atas pentas Pas bersama dengan Mursyidul Am Pas. Leman sudah menjadi eset kepada Pas. Leman akan di usung kesana sini selepas ini. Yang haram bagi sesetengah pak ustad sudah menjadi halal.

Leman sudah pergi jauh meninggalkan Lebai Asri Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh yang kaki tindas para peniaga uptown Perda.

Pergilah Leman.. berjuanglah dengan caramu.. jangan jadi hipokrit pulak bila naik atas pentas Pas dok pakai lebai. Kami tetap menyokong Leman jika Leman itu adalah Man Belacak seperti dulu.

Maki hamun .. cakap lepas... adalah cara kita wahai sahabat ku Leman.. Kita akan teruskan dengan cara hidup kita bukan dengan cara hidup manusia yang berpura2 zuhud tetapi dalam hati ada kotoran...

Blackend Is The End

Dyers Eve