To Live Is to Die

free counters

Selasa, 24 Mei 2011

BUNUH DIRI KERANA SEORANG WANITA.

Kerana pompuan lelaki bisa jadi gila babi. Frust punya pasai sampai sanggup bunuh orang. Bukan saja bunuh orang tapi bunuh diri pulak.

Tidakkah kerja bodoh orang2 yang membunuh diri. Lebih baik pi rompak bank ka, samun kedai emas ka lagi baguih. Pi mai pima dah nak bunuh diri. Kalau kena tembak time dok tengah rompak pun kira ok la sebab memang dah hajat nak mati pun.

Tapi kalau lepas, tak ka boleh jadi kaya raya. Jadi kepada sesiapa yang berniat nak bunuh diri tu Abu Nawas nak nasihatkan pada depa pergilah bunuh diri dalam bank atau kedai emas..untung untung boleh kaya.

Di bawah ni ada cerita pasai bunuh diri pasai pompuan. Abu Nawas memang sokong la dia hayun bini dia kalau memang betui bini dia ada skandal dengan jantan lain. Jangan jadi seperti ada jantan yang orang dok mesej lucah denganbini dia jam 2-3 pagi pun tak berani nak buat apa kah kah kah.Tapi yang abu nawas marah tu buat apa dia bunuh diri. Benggong punya jantan.

Macam berlaku kat tempat Abu Nawas la baru2 ni seorang orang Pas kat P.Pinang ni pi bunuh tunang dia dengan 18 kali punya dok tikam pasai cemburu tunang dia dok main kot belakang dengan dia. Abu Nawas pun sokong jugak dia bunuh tunang dia tu pasai betina jenis macam ni kena ajaq macam tu saja tapi yang dia pi jadi bahalol tu pulak pasai apa yang dia pi kamikaze diri dia tu.. Tapi nasib baik mamat yang bunuh tunang dia dan lepas tu bunuh diri orang pas.. kalau dia orang umno riuh rendah la kata dia mati kapiaq sebab bunuh diri. Kalau orang Pas bunuh diri pun boleh masuk syurga inikan pualk dok sms lucah kat anak bini orang lagi atas la dia punya syurga.

.................................................................................
KOTA BELUD: Seorang lelaki yang cemburu melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain ‘naik hantu’ apabila membelasah wanita itu separuh mati termasuk menetak hingga putus jari hantu tangan kiri mangsa sebelum membunuh diri dalam kejadian di Kampung Gentoung Rosok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Dua Tulis, 46, parah di kepala selain patah tangan kiri selepas suaminya, Sibin Tetobok, 46, membelasahnya menggunakan parang dan kayu.

Difahamkan, suami mangsa dikatakan berang melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain di sawah padi kampung berkenaan lalu mengamuk, termasuk mengeliling kampung dan menjerit akan membunuh isterinya.

Beberapa penduduk yang menyedari perkara itu menghubungi polis berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Selain itu, jiran mangsa mendakwa terdengar pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa dalam keadaan parah manakala suaminya menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintendan Mohan Nadasen mengesahkan perkara itu dan memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis menuju ke rumah pasangan berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam rumah terbabit.

“Polis turut menemui parang dan kayu dengan kesan darah, dipercayai digunakan suspek untuk menetak dan memukul isterinya,” katanya.

Mohan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui jari hantu mangsa dan dihantar ke hospital untuk disambung semula, namun doktor mendakwa sudah terlambat.

“Polis kemudian menjejaki suspek sebelum dimaklumkan penduduk bahawa lelaki itu berada di sebuah pondok di sawah padi.

“Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis meminum sejenis cecair dipercayai racun sebelum rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Katanya, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat suspek untuk mengetahui punca kematiannya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
...........................................................................................

Ini pulak berita orang Pas bunuh tunang dan diri sendiri

Minum racun lepas bunuh tunang

POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.

Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.

"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.

Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Kosmo
5 Mei 2011


Janda muda mati ditikam tunang

Karimah Jusoh

BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.

Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.

Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi.

“Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas.

“Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Karimah yang berasal dari Perlis, mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga oleh kakaknya.

Mangsa yang bercerai pada 2009, bertunang sejak tujuh bulan lalu dan berhasrat melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Abdul Rahim memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Polis kemudian menerima laporan bahawa tunang mangsa dikejarkan ke HSJ kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dipercayai meminum racun. Petang ini, lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut berikutan keadaannya semakin tenat.

Utusan
5 Mei 2011


Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.

Suspek berusia 35 tahun kemudian melarikan diri ke rumah kakaknya di Bandar Baru Perda di sini, sebelum meminum racun dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Chuping, Perlis, bagi dikebumikan. Mangsa yang bercerai tahun lalu mempunyai dua anak masing-masing lelaki dan perempuan, berusia lima dan tujuh tahun.

Mangsa tinggal bersama ibu angkatnya, Aishah Mohamad, 52, di Bertam, Kepala Batas sejak tiga tahun lalu.

Seorang saksi memberitahu polis, mangsa berada di stesen minyak itu kira-kira jam 6.30 pagi dan masuk ke bilik persalinan sebelum memulakan kerja.

Saksi itu mendakwa dia ternampak seorang lelaki masuk ke bilik berkenaan dan keluar kira-kira sejam kemudian sebelum beredar dari stesen minyak.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata selepas rakan sekerja sedar mangsa tidak keluar bekerja, mereka memeriksa bilik berkenaan dan menemui mayat mangsa berlumuran darah.

“Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang satu kaki dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami menerima panggilan telefon dari HSJ kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek menerima rawatan selepas dipercayai meminum racun,” katanya.

Sementara itu, Aishah mendakwa Karimah pernah memberitahunya bahawa tunangnya yang sangat cemburu dan panas baran pernah memecahkan cermin kereta selepas melihatnya melayan seorang pelanggan di tempat kerja.

“Sebelum keluar bekerja pagi semalam, Karimah memeluk saya tiga kali tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Malam tadi (kelmarin) dia menyuapkan makanan kepada saya serta bersalaman sebelum tidur,” katanya yang masih terkejut dengan kematian anak angkatnya itu.

Berita Harian
5 Mei 2011


Pekerja kilang minum racun selepas tikam tunang hingga mati

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya hingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam, meninggal dunia, kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya(HSJ), kira-kira 12 jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Dia dipercayai mati akibat meminum racun rumpai dan bedah siasat akan dilakukan petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam, Shahimi yang dipercayai cemburu dan panas baran, menikam tunangnya, Karimah Jusoh, 25, bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau.

Karimah, seorang ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, akibat ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.

Selepas membunuh tunangnya, suspek melarikan diri ke sebuah taman rekreasi dan bertindak minum racun rumpai dan menghubungi seorang ahli keluarganya.

Shahimi ditemui dalam keadaan tidak bermaya di taman itu oleh seorang kakaknya sebelum membawa ke HSJ.

Berita Harian
5 Mei 2011


Suspek bunuh tunang mati minum racun

KARIMAH bersama tunangnya, Shahimi.

Lelaki didakwa kuat cemburu, baran

KANGAR: Pekerja stesen minyak, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam tunangnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi kelmarin sudah merancang untuk memutuskan ikatan itu seminggu lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan panas baran tunangnya.

Kakak sulung mangsa, Yuhasmi, 48, berkata arwah menghubunginya hujung bulan lalu menyatakan hasrat memutuskan pertunangan sejak Oktober 2010 dengan lelaki berusia 40 tahun berkenaan, namun tidak sempat pulang ke kampungnya di Chuping, di sini untuk membincangkan perkara itu.

“Saya minta Karimah balik ke kampung untuk berbincang dan melakukan secara beradab berhubung hasrat memutuskan tali pertunangan, namun tidak sempat pulang selepas ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi tunangnya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, di sini, semalam.

Jenazah Karimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bawah Bukit, Chuping, jam 11 malam kelmarin.

ANAK sulung mangsa, Nursyamila Maslan (kiri) bersama anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin (kanan) di rumah mereka di Chuping, Perlis, semalam.

Arwah yang mempunyai dua anak, Nursyabila Maslan, 7, dan Harith Iskandar, 5, hasil perkongsian dengan bekas suami, Maslan Mad Deris, dijangka melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 31 Ogos ini.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Syakinah Bahaudin, 20, berkata tunang arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya setengah jam selepas membunuh ibu saudaranya.

"Saya tidak mengetahui sama ada tunang berkenaan menjadi cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan ke Bukit Mertajam untuk berjumpa arwah," katanya.

Di BUKIT MERTAJAM, suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, meninggal dunia, malam kelmarin.

Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat.

Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berita Harian
6 Mei 2011


SMS mohon maaf

KANGAR: “Saya terkejut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Abang Mie (tunang Karimah) yang memohon maaf kepada saya, kira-kira setengah jam selepas dia menikam ibu saudara saya,” kata Syakinah Bahaudin, 20, anak saudara Karimah Jusoh, 25, yang maut ditikam tunangnya di bilik persalinan di sebuah stesen minyak Jalan Perusahaan Perai, Pulau Pinang, pagi kelmarin.

Beliau berkata, dia terkejut menerima SMS itu jam 7 pagi kelmarin.

“Kira-kira jam 8 pagi, saya dimaklumkan ibu saudara saya sudah meninggal dunia akibat ditikam. Saya terus bergegas ke stesen minyak tempat Karimah bekerja untuk melihat kejadian berkenaan.

“Ketika tiba, saya melihat mayat ibu saudara sudah kaku ditutup dengan plastik hitam di dalam bilik persalinan stesen berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, semalam.

Syakinah berkata, pada malam sebelum kejadian, bekas suami arwah, Maslan Mad Deris, yang menetap di Chuping, secara kebetulan berjumpa dengan Karimah untuk menghantar makanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Saya tidak mengetahui sama ada tunang arwah cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan untuk berjumpa ibu saudara saya,” katanya.

Blackend Is The End

Dyers Eve