To Live Is to Die

free counters

Khamis, 26 Mei 2011

CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG MENDAPAT SOKONGAN UMNO - UNDILAH MAT SABU BAHAGIAN 3


Kemarin Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, telah membuat kenyataan bahawa mereka percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Hari ini pula Utusan Malaysia mula menjalankan propaganda terhadap pemilihan pimpinan tertinggi parti yang menjadi musuh ketat umno sejak sekian lama itu. Sila lihat keratan Utusan di bawah.

Apa yang dapat kita simpulkan ialah Umno mulai resah dengan kemaraan calon paling popular di di kalangan rakyat Malaysia berbanding 2 calon lain. Calon yang cukup di kenali oleh semua peringkat masyarakat itu tidak lain dan tidak bukan ialah Hj MohdSabu atau lebih di kenali dengan panggilan Mat Sabu.

Kemenangan Mat sabu sebenarnya akan menjadi batu penghalang yang amat besar kepada Umno meneruskan agenda kerajaan perpaduan yang telah sama-sama mereka palukan dengan calon kepada lawan Mat Sabu dam pertandingan 3 penjuru itu.

Maka Umno melalui Utusan Malaysia telah memainkan peranan untuk mengagalkan Mat sabu dari terus mara dengan memainkan isu kepimpinan Ulama dalam pas akan tergugat sekiranya Mat Sabu berjaya menjawat jawatan no 2 dalam parti itu.

Secara tiba2 Umno berpaling dan mengitiraf title ulama di dalam Pas. Bukankah selama ini Umno seolah2 anti kepada ulama politik? Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan umno ini.

Tidak lain dan tidak bukan, umno sebenarnya tahu sekiranya yang di katakan calon ulama yang bertanding jawatan timbalan presiden Pas itu menang maka yang berbaki di dalam pimpinan Pas untuk menghalang usaha perpaduan antara Pas dan Umno hanyalah Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain seperti Khalid Samad, Dr Hatta serta yang di anggap kiri dalam parti itu.

Maka dengan itu Umno cuba mengambarkan kepada masyarakat dan ahli Pas betapa mereka amat bimbang dengan kekelahan calon yang di katakan ulama itu. Mereka tahu calon yang di katakan bukan ulama itu tidak mudah di pelemahkan seperti calon ulama yang telah terbukti telah di perlemahkan umno dengan kepentingan ketuanan melayu apabila Umno hilang banyak kerusi dalam PRU yang lalu.

Oleh itu kepada perwakilan parti Pas yang merasakan perlunya Pas bergabung dengan Umno maka tiada lain pilihan mereka kecuali calon Ulama. Sejarah telah pun membuktikan orang kiri seperti Mat sabu tidak dapat di jual beli oleh pemerintah.

UNDILAH MOHAMAD SABU BAHAGIAN PERTAMA.

UNDILAH MATSABU BAHAGIAN KE 2

Blackend Is The End

Dyers Eve