To Live Is to Die

free counters

Selasa, 31 Mei 2011

GADIS MAKI POLIS DI BERI ANUGERAH SRIKANDI


Kalaulah ada anugerah Srikandi, perempuan nilah yang paling layak menerimannya. Hanya orang berani saja yang patut menerima anugerah bukan orang penakut walaupun dia mengaku dirinya ulamak.

Inilah dia orang berani walaupun seorang wanita. Bukan macam orang yang mengaku pejuang Islam tapi bila anak muda pakat dok bertempur dengan polis dia dok kat rumah layan gambaq blue. Lepas tu pakai baju kuning nak kasitau dia pun pi demo jugak kah kah kah.

Ulamak kepala butuh apa kalau pengecut nak mampuih. Kalau setakat berani maki umno dalam masjid saja sapa pun boleh. Belakang umno maki hamun umno tapi bila petang2 dok lepak dengan umno kat kedai kopi sepatah haram tak berani nak maki umno.

La ni ramai orang yang kononnya ustad, tiap2 malam keluaq cari duit kat masjid masjid. Habis mengajaq dapat sampul, dalam sampul ada RM. Kononnya dialah al ulamak, orang ini tak betul orang itu tak betul tapi anak bini kat rumah berserabut tudung pun tak pakai.

Itu cerita ustad yang cari makan kat masjid, ada lagi ustad yang lagi dasyat punya dok ada. Ustad ni jadi pemimpin parti yang kononnya parti Islam. uttad ni ajak orang berjuang Islam. Jihad jihad jihad.... Adoii nak jihad dengan sapa? Ooo nak jihad lawan umno...

Tapi sebenaqnya ustad ni bukannya jihad tapi dia jahat. Di mulut dia ajak orang lawan umno tapi di hati dia menaruh harapan nak bergabung dengan umno. Ustad ustad ni la ni pakat dok berkempen suruh undi ulama'. Depa suruh pertahankan ulama'.

Tapi nak buat macam mana kalau ramai yang dok percaya pada ustad ni. Dari awai lagi pengikut parti dah berdenggung asap candu agama yang pak pak ustad tolong cucuh.

Kononnya tak boleh lawan pemimpin sebab lawan pemimpin macamlah lawan parti, kalau lawan parti umpama lawan Islam, kalau lawan Islam nanti mati masuk neraka. Inilah candu yang pengikut parti dok tengah khayal.

Ehh.. macam mana aku boleh pi terpesongdari cerita asal ni... ala apa nak buat aku insan biasa. Pak Ustad pun kaki kelencong jugak. Bila bukak kitab belum bagi salam pun dah pusing merata. Kah kah kah.

Okey ini dia berita Srikandi Cintaku -
..............................................................................................

JOHOR BAHRU 30 Mei - Tindakan seorang ibu memaki hamun dan menampar muka dua anggota polis yang menahan anak perempuannya untuk tujuan pemeriksaan lesen memandu mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sebelum itu, remaja berusia 19 tahun tersebut yang memandu kereta Proton Iswara dilihat bersama empat lagi rakannya dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pontian Besar, kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiga anggota yang sedang meronda meminta remaja berkenaan menghentikan kereta tetapi sebaliknya dia memecut ke arah Benut.

"Meskipun anggota itu berjaya mengejarnya tetapi remaja berkenaan enggan memberi kerjasama dan keluar dari kenderaan selain tidak mahu menunjukkan lesen memandunya walaupun diminta beberapa kali.

"Beberapa minit kemudian, anggota keluarga kesemua yang berada di dalam kenderaan itu tiba di tempat kejadian termasuk ibu remaja tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zahaliman berkata, ibu dan remaja berkenaan kemudian memaki hamun anggota polis tersebut sebelum wanita itu menampar muka dua anggota berkenaan.

Berikutan tindakan tersebut, katanya, anggota itu menahan ibu dan remaja berkenaan kerana menghalang tugas polis manakala empat lagi rakan remaja berkenaan dibebaskan.

Blackend Is The End

Dyers Eve