To Live Is to Die

free counters

Isnin, 30 Mei 2011

PASTIKAN KISAH MEREKA INI BERADA DI DALAM SEJARAH NEGARA JIKA PR MEMERINTAH

Pada 21 Mei 2011 yang lalu maka genaplah ulang tahun ke-62 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanah air kita yang sudah lanjut usia. Kami juga mengajak semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibu pertiwi – Alfatihah! Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949. Abdullah C.D (foto)., Pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.” Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah. Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan. Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati. Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun, Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias, Bakri, Zahura dan ramai lagi. Mengikut catatan Abdullah C.D., seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”. Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!


(Foto: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chin Peng. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

(Foto: Perarakan angkatan tentera yang diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)

Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang Rejimen Ke-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa? Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.

[Persoalannya sekarang, kenapa sejarah mereka ini dipinggirkan?. Apakah motif yang menyebabkan terjadi begitu sebenarnya. Apa yang mahu dirahsiakan oleh pihak kerajaan hingga sejarah mereka dilupakan begitu sahaja. Apakah dek kerana mahu menunjukkan yang hanya UMNO sahaja yang menuntut kemerdekaan negara?. Rupanya ramai lagi pejuang kemerdekaan yang terus dilupakan untuk tatapan generasi akan datang. Sama-samalah kita fikirkan.

Blackend Is The End

Dyers Eve