To Live Is to Die

free counters

Selasa, 24 Mei 2011

UNDILAH MOHAMAD SABU BAHAGIAN PERTAMA.

Hari ini sahlah Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding jawatan no 2 dalam Pas untuk pemilihan kali ini. Setelah Mohd Sabu yang terlebih dahulu mengesahkan akan menentang penjawat jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat isa.

Jika 10 hari yang lalu beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan no 2 parti tetapi ianya telah berubah pada hari ini. Cuba lihat kenyataan di bawah ini..


Apa yang dapat di andaikan ialah Tuan Ibrahim sebenarnya telah menrima tekanan yang agak kuat utuk bertanding jawatan tersebut setelah timbalan presiden Pas yang ada kini akan besar berkemunkinan tidak mampu menghalangi thunami lawannya Mohd Sabu

Ini adalah berdasarkan jumlah percalonan yang di terima di seluruh Malaysia, Mohd Sabu telah mendahului semua saingannya . Manakala lawannya Nasharudin pula berada di tempat ketiga di antara 3 calon yang layak bertanding.

Nsharudin yang telah tercalit dengan idea kerajaan perpaduan bersama umno telah di lihat sebagai satu bahan peledak yang akan menghancurkan persahabatan antara Pas dan parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

Isu kerajaan perpaduan menjadi batu penghalang kepada Nasharuddin untuk terus mempertahankan jawatan yang di sandangnya kini dan saingan yang paling dekat dan merbahaya kepadanya sudah pasti tidak lain dan tidak bukan Mohd Sabu.

Perkara ini telah menjadi kebimbangan kepada ahli Pas yang masih berfikiran jumud dan terkongkong memandangkan Mohd Sabu bukanlah dari kalangan ulama. Maka untuk menyelamatkan yang kononnya di katakan kepimpinan ulama maka Mohd Sabu mestilah di halang untuk terus memecut meninggalkan calon ulama.

Oleh itu pengesahan Tuan Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden adalah di lihat sebagai satu dari usaha untuk menyekat kemaraan golongan kiri di dalam Pas. Ini adalah kerana mereka tahu Mohd sabu adalah seorang yang lebih rapat dengan akar umbi di kota dan di desa. Mohd Sabu juga telah di lihat oleh golongan yang pro kerajaan perpaduan ini sebagai penghalang besar kepada hasrat mereka untuk bersatu dengan Umno.

Jadi orang-orang yang kuat menghalang kerajaan perpaduan seperti Tuan Guru Nik Aziz dan MohdSabu tidak boleh di biuarkan mempin parti.

Bersambung.....

Blackend Is The End

Dyers Eve