To Live Is to Die

free counters

Khamis, 30 Jun 2011

Ketua Polis Negara Harus Lepaskan Aktivis Parti Sosialis Malaysia Serta-Merta!


32 Pertubuhan Masyarakat Sivil mengecam pihak polis yang berniat jahat ,atas tindakan merea menahan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia yang menyertai kempen "Udahlah Bersaralah BN" termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr Jayakumar Devaraj dan memanjangkan tempoh penahanan mereka sehingga 7 hari.

Kami mengkritik tindakan polis sebab walaupun tidak dapat menggeledah sebarang senjata di dalam bas tetapi pihak polis tetap menggunakan Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu 'mengumpulkan senjata dan berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong,Pemerintah dan Yang dipertuan Negeri' untuk menuduh 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia tersebut, amat jelas inilah tuduhan fitnah yang dibuat oleh pihak polis untuk menyekat aktiviti politik orang ramai....

"Tangkapan dan reman polis telah menyalahi hak kebebasan bersuara yang tertakluk dalam perlembagaan Malaysia.Dengan itu, kami menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melepaskan 30 aktivis PSM dengan segera, batalkan dakwaan terhadap mereka serta menyatakan minta maaf secara terbuka atas tangkapan haram tersebut."

Selain itu, Kami berpendapat tuduhan polis bahawa aktivis PSM cuba menghidupkan balik fahaman komunis atas sebab mereka mempunyai baju-baju yang dilukiskan gambar-gambar PKM adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal dan mentertawakan. Kebebasan berfikir dan bersuara adalah prinsip asas kepada semua negara demokrasi, penangkapan 30 orang aktivis membuktikan salahguna kuasa dan motif politik pihak polis Malaysia

Oleh itu,kami berharap kerajaan menubuhkan IPCMC dengan segera supaya masalah-masalah salahguna kuasa yang terdapat pada pasukan polis Malaysia akan dibaiki dengan sempurna.

Kenyataan bersama:

1. Civil Rights Committee, KLSCAH

2. Writers' Alliance For Media Independence, WAMI

3. Civil Society Committee, LLG

4. Suara Rakyat Malaysia, Suaram

5. Malaysia Youth and Students Democratic Movement, DEMA

6. Persatuan Siswazah Lihua KL & Selangor

7. Persatuan Prihantin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor

8. Solidarity for Civil Rights in China

9. Gabungan Murid-Murid Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Perak

10.Perak Young Graduate Association

11.Ipoh Mini Oasis Library

12.Gerakan Mahasiswa Maju UPM

13.Student Progressive Front USM

14.Student Progressive Front New Era College

15.Student Progressive Front UUM

16.Bhg Pemuda Persatuan Alumni Sekolah Serdang Bharu

17.New Era College Alumni Association

18.Persatuan Bahasa Tiong Hua USM

19.Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej

20.Persatuan Alumni Han Chiang Pulau Pinang

21.Persatuan Bekas Murid-Murid Han Chiang S.Prai

22.Kong Min School Old Pupils Association

23.Persatuan Kawan Karib Pulau Pinang

24.Penang Chinese Independent Schools' Education Society

25.Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall

26.Youth Section of Malacca Seong Cheong Association

27.Youth Section of Malacca Kwang Tung Association

28.Youth Section of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall

29.Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall

30.MPSJ Zone 23 Youth Committee

31.UMANY ALUMNI

32. 528 Media Action Group


``` Blog ini masih belum dapat upload gambar sehingga masa ini, oleh itu gambar Ambiga yang telahAbu Nawas terima akan di upload dengan segera jika ianya berfungsi dengan baik semula. Harap Maklum

Blackend Is The End

Dyers Eve