To Live Is to Die

free counters

Khamis, 2 Jun 2011

MAT SABU ANTI ULAMA'?


Nampaknya keadaan semakin terdesak kepada golongan yang pro kepada kerajaan perpaduan bersama umno sehinggakan mereka tidak melepaskan peluang untuk berkempen kepada regu mereka di dalam ucapatama perasmian Pemuda dan Dewan Ulama..

Bukan itu saja di pihak Umno turut serta berkempen di akhbar akhbar bagi memenangakan calon yang dikatakan ulama di dalam Pas.

Memang amat pelik bila Utusan Malaysia dengan tajuk muka depan menyokong Ulama sedangkan selama ini Utusanlah paling aktif dalam menhina ulama.

Tidak lain tidak bukan ianya adalah kerana mereka mesti memastikan orang yang menjadi batu penghalang dalam kerjasama Pas dan Umno tidak ada di dalam Pas.

Maka isu ulama dan bukan ulama di jadikan bahan untuk berkempen agar yang di katakan bukan ulama itu tidak berada dalam haraki parti.

Jika benar sekalipun Mat Sabu bukan ulama tetapi apakah Mat sabu seorang yang anti ulama? Jika Mat sabu menjadi timbalan Presiden sekalipun apakah tidak akan berpungsi lagi dewan ulama dan majlis syura dalam Pas?

Sepatutnya mereka yang mahukan ulama terus memimpin Pas itu sedar bahawa Mat Sabulah orang yang bertanggungjawab dalam membina kepimpinan Ulama di dalam Pas.

mari kita lihat kembali soroton sejarah kepimpinan ulama dalam pas di mana Matsabu yang ketika itu adalah anak muda yang berada di barisan hadapan merealisasikan Pas di bawah Ulama.

Bibit-bibit awal kearah kepimpinan ulama’ sudah nampak kelihatan apabila pada tahun 1978 . Era kepimpinan ulama mula dibahaskan didalam PAS ialah pada tahun 1979 dizaman kepimpinan Ustaz Asri Hj Muda. Usul "KEPIMPINAN ULAMA" telah dibawa oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang pada ketika itu dipimpin OLEH: Ketua Pemuda Pulau Pinang Mohamad B. Sabu manakala Timbalan beliau ialah Mahfuz B. Hj Omar. Ketua Pemuda PAS pusat ialah Haji Mustafa B. Ali, manakala setiausaha Pemuda PAS Pusat ialah Haji Ahmad Subki Abdul Latif.

Mereka melihat Dato’ Asri yang memimpin PAS gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam malah ia tidak banyak beza dengan UMNO dari segi cita-cita Melayunya dan terdapat lagi beberapa orang pemimpinnya tidak memaparkan watak Islam. Dalam pada itu hubungan Dewan Pemuda PAS dengan kepimpinan induk agak dingin terutama dengan Yang Dipertua PAS sehingga timbul dakwaan Dewan Pemuda menjadi parti dalam parti (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 1981-1982: 3).

Akibatnya beberapa rundingan diadakan untuk meredakan keadaan melalui setiausahanya Haji Ahmad Subki Abdul Latif dengan Dato’ Mohd Asri Muda tetapi gagal. Haji Mustafa Ali yang menjadi ketua pada masa itu merasakan bahawa Dato’ Asri sudah tidak berkemampuan lagi untuk memimpin Pas (Abdul Halim Mahmood, 1983: 21). Malahan beberapa lajnah (biro) dalam parti tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau seperti Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama’ .(Mastika Jan 1983: 8-12)

Kemuncak di dalam tindakan untuk mengenepikan kepimpinan Asri secara drastik maka Dewan Pemuda PAS telah mengadakan Muktamar tahunan Ke 23 secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat, Perkara ini adalah satu tindakan yang luar biasa. Menurut Mustafa Ali muktamar ini dibuat secara berasingan kerana sebagai satu isyarat untuk memprotes kepimpinan Dato’ Asri . Dengan ini Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tidak dirasmikan oleh Dato’ Asri, sebaliknya dirasmikan oleh Ustaz Fadhil Mohd. Noor pada ketika itu menjawat sebagai Naib Presiden PAS. Sehingga hari ini peraturan itu diguna pakai, iaitu Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan secara berasingan dengan diawalkan sehari daripada Muktamar PAS Pusat. Mengikut yang tercatat kenapa Muktamar ini dibuat dahulu daripada Muktamar PAS Pusat ialah untuk membolehkan diadakan pameran selama dua hari untuk memeriahkan muktamar. (Minit mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat 12 Jun 1982: 4)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ pada tahun 1982 merupakan kumpulan pertama mengadakan baiah dengan kepimpinan ulama’ dalam Muktamar Tahunan Pas Ke 28 pada 23 Oktober 1982 (Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS 1982-1983: 2)

Penampilan golongan Ulama’ meperjuangkan isu sejagat dan merentasi sempadan bangsa, agama dan geografi, “perjuangan umat Islam seluruhnya yang dipimpin oleh harakah Islamiah perlu mengkaji semula pendekatannya supaya perjuangan Islam tidak hanya melingkari batasan kehidupan orang-orang Islam sahaja. Bahkan Gerakan Islam hendaklah berani tampil ke hadapan membicarakan masalah manusia seluruhnya, sesuai dengan sifat dan risalah Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Pendekatan yang tertutup sebenarnya tidak serasi dengan tabiat risalah Islam yang universal itu”. (Haji Yusf Rawa 1985: 57)

Kepimpinan ulama telah dipelopori oleh anak muda yang ketika itu bukan dari kalangan yang berlatar belakangkan lulusan ugama. Sesungguhnya adalah tidak benar dakwaan yang menyatakan kepimpinan ulama telah dipelopari oleh golongan yang berlatar belakangkan ugama. Tuan guru Hj Yusof Rawa lah yang membawa pemangkin perubahan itu yang sehingga kini dinikmati bersama.

Blackend Is The End

Dyers Eve