To Live Is to Die

free counters

Khamis, 2 Jun 2011

PAS AKAN HILANG UNDI BUKAN MELAYU JIKA MAT SABU KALAH


Hanya berbaki lagi satu hari untuk menentukan hala tuju Pas yang sebenarnya selepas mengetahui siapakah yang bakal menduduki kerusi no dua dalam parti itu.

Ada yang bertanya kalau MatSabu tak menang Pas akan masuk umno kah? Tentu sekali jawapannya cukup subjektif. Apa yang perlu di lihat bukannya Pas itu akan secara rasmi bersama dengan umno tetapi adalah kepercayaan rakyat yang telah dan akan memberi amanah kepada Pas untuk mengantikan umno.

Cukup jelas apabila kita lihat orang bukan melayu sebenarnya meletakan harapan lebih besar kepada Pas dari segi kepercayaan dan prinsip berbanding dengan DAP dan PKR. Walaupun pada mulannya mereka mengundi Pas hanyalah kerana mahu menjatuhkan BN tetapi setelah berjaya membentuk Pakatan Rakyat Pas di lihat terus kekal berprinsip tanpa boleh di beli oleh umno.

Sehingga kini wakil rakyat Pas masih lagi mempunyai rekod yang baik kerana tidak ada seorang pun wakil rakyatnya melompat atau keluardari parti berbanding PKR yang telah mengurangkan nilai undi di parlimen dan juga DAP yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

Namun begitu adalah perlu di ingatkan bahawa pengundi bukan melayu yang telah memberi kepercayaan juga tidak bebas dari rasa was was terhadap Pas setelah beberapa adengan rundingan secara gelap oleh beberapa orang pimpinan tertinggi Pas dengan umno dengan beralasan agama dan bangsa.

Ini sebenarnya bukan cerita kosong apabila Ustaz Ahmad Awang sendiri telah menyatakan bahawa beliau menerima paggilan dari pimpinan tertentu akan memikirkan kembali persefahaman antara Pas dan Dap sewaktu selepas saja PRU yang lalu di mana kerajaan campuran di perlukan untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Usaha Umno memujuk Pas dengan menawarkan jawatan menteri besar kepada Pas telah di sampaikan kepada beberapa pimpinan Pas dan hasrat ini telah di sampaikan kepada Ustaz ahmad Awang agar Pas bersama Umno membentuk kerajaan dengan mengenepikan DAP dan PKR. Namun kebijaksanaan dan atas dasar tidak mahiu menjadi penkhianat Ustaz ahmad Awang telah menolak sekeras kerasnya usaha pemimpin Pas tersebut untuk bergabung dengan Umno.

Begitu juga yang terjadi di Selangor. Peranan Pas juga di lihat amat penting untuk mengagalkan kerajaan di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. Cakap cakap sumbang pesuruhjaya Pas Selangor telah di kritik hebat oleh pimpinan Pas yang menolak secara keras kerjasama dengan Umno sehinggakan MP Shah Alam telah di sabitkan kesalahan kerana kononnya melanggar displin parti tetapi Hasaan Ali yang secara jelas bersekongkol dengan Umno terlepas begitu saja.

Maka atas beberapa isu rundingan dalam senyap itu telah di lihat sebagai satu pengkhianatan terhadap orang bukan melayu yang telah meletakkan Pas pada taraf no 1 dari segi prinsip perjuangan.

Oleh itu keputusan pemilihan jawatan no 2 dalam Pas pada pemilihan kali ini adalah satu perkara yang amat penting dalam survival politik Pas untuk terus mendapat kepercayaan orang bukan melayu.

Jikalah sekiranya orang bukan melayu yang tidak menjadi ahli Pas di bolehkan mengundi di peringkat akar umbi seperti pemiihan PKR maka jawatan No 2 dalam Pas sebenarnya telah di ketahi hari ini bukan lusa..

Blackend Is The End

Dyers Eve