To Live Is to Die

free counters

Khamis, 2 Jun 2011

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENGALAH


Nama Tuan Ibrahim Tuan Man mula di kenali apabila beliau kerap kali di jemput menjadi panelis rancangan Forum Perdana yang pernah menjadi rancangan TV no 1 negara pada satu ketika dahulu..

Ramai penceramah memulakan karier mencari kekayaan dengan menjual agama apabila di promosikan di dalam rancangan RTM 1 tersbut. Nama2 seperti Hassan Ali, Dr Haron Din, Ustaz Ishak Baharom, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Shamsuri, Tuan Ibrahim dan ramai lagi penceramah mula di kenali di seluruh pelusuk negara.

Kebanyakan penceramah ini adalah pro kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi timbalan presiden Umno dan setelah Anwar di singkirkan maka ramai di antara mereka telah turut sama bersama Anwar mengkritik Umno.

Akhirnya beberapa orang penceramah tersebut telah menyertai Pas seperti Dr Hassan Ali dan mula menjadi ahli Pas yang aktif seperti Dr Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus yang sememangnya sudah lama menjadi ahli Pas..

Ramai yang telah di angkat menjadi pimpinan Pas Pusat walaupun sebelum ini mereka2 ini tidak pernah bersusah payah dalam perjuangan Pas. Contohnya Dr Hassan Ali telah di lantik menjadi Naib Prsiden Pas oleh para perwakilan mengalahkan calon yang lebih banyak berkorban kepada parti.

Hari ini antara nama-nama tersebut, Tuan Ibrahim telah di senaraikan untuk menjawat jawatan no 2 dalam parti. Jika di lihat dari segi peribadi beliau ternyata beliau bukanlah seorang yang mendambakan jawatan dalam perjuangan tetapi ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan beliau bersetuju untuk bertanding jawatan tersebut setelah menolaknya pada perinkat awal setelah mendapat berita kelayakkannya untuk bertanding.

Di sini dapat kita lihat satu konspirasi yang bertujuan untuk menjatuhkan calon yang paling banyak mendapat undi dari seluruh kawasan iaitu Mat Sabu. Tuan Ibrahim sebenarnya hanyalah menjadi kambing hitam untuk mengagalkan kemahuan peringkat akar umbi yang mahu perubahan dalam haraki tertinggi Pas yang telah di lihat sebagai semakin jauh daripada mereka.

Walaupun keputusan daripada kawasan2 di rahsiakan namun sebenarnya ianya tidak emnjadi rahsia lagi apabila semua tahu bahawa MatSabu telah mengatasi kesemua calon2 yang telah di cadangkan.

Maka untuk menyelamatkan maruah timbalan presiden yang ada sekarang kemaraan Mat Sabu mesti di sekat maka Tuan Ibrahim telah di pujuk untuk bersetuju bertanding jawatan ini.

Mengapa Tuan Ibrahim yang menjadi mangsa kepada usaha menyelamatkan Nasha? Ini adalah kerana alasan yang paling utuh untuk menghalang MatSabu ialah "Teruskan Kepimpinan Ulama". Oleh itu Tuan Ibrahim yang juga seorang yang ulama malah masih belum terpalit dengan berbagai isu dalaman parti ada nama yang amat bersesuaian.

Sebenarnya semua ini adalah permainan teori domino yang cuba di selesaikan mengikut kehendak tuan ampunya papan domino.

Sebenarnya Nasha sudahpun mempunyai eset undi yang akan setia dengannya namun kesetian pengundinya masih belum mampu untuk mengalahkan undi yang bakal di terima Mat sabu. Maka teori ini memerlukan pecahan undi yang bakal mengurangkan undi Mat sabu.

Maka dengan beralasan menyelamatkan kepimpinan Ulama maka pengundi yang tidak mahu mengundi Nasha tetapi masih mahu title ulama sebagai pimpinan tertinggi akan mengalih undinya daripada Mat Sabu kepada Tuan Ibrahim.

Namun begitu kekuatan MatSabu walaupun di saing oleh 2 calon ulama masih belum dapat mengugatnya tetapi pecahan undi yang sepatutnya Mat sabu terima sebenarnya akan menjadikan keputusan akan berpihak kepada Nasha.

Oleh itu dalam teori ini Tuan Ibrahim sebenarnya adalah kambing hitam yang di gunakan untuk menyelamatkan Nasha. Tuan Ibrahim sukar untuk menang jawatan ini kerana beliau tidak mempunyai eset undi seperti Mat Sabu dan Nasha tetapi Tuan Ibrahim hanyalah sebagai alat untuk menjayakan hajat seseorang.

Umpama kata Tok Guru Nik Aziz " Ulama umno hanyalah terompah kayu yang di gunakan untuk ke tandas selepas itu akan di buang apabila memijak lantai yang bersih semula"

Maka perwakilan tidak sepatutnya memecahkan undi mereka kepada Tuan Ibrahim. Pertandingan ini sebenarnya hanyalah antara Nasha dan Mat sabu, jadi undilah antara mereka berdua sahaja bukan orang ketiga yang hanyalah kambing hitam untuk mengalahkan Mat Sabu.

** Maag banyak tulisan tidak betul ejaan..Ini adalah kerana Abu Nawas amat sibut hari ini tak sempat nak ulang semak.

Blackend Is The End

Dyers Eve