To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 1 Julai 2011

KENYATAAN AKHBAR PEMUDA SOSIALIS TERHADAP PENAHANAN AKTIVIS PSM


Kami Pemuda Sosialis merasakan penangkapan 30 Aktivis Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) di Plaza Tol Sungai Dua merupakan satu tindakan yang tidak professional dimana mereka ditangkap dengan bas semasa ‘ Kempen Udalah Bersaralah… ’ Anjuran Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) dijalankan. Sesebuah Parti dan ahlinya perlu diberikan ruang yang bebas dalam menghebahkan maklumat yang berguna kepada rakyat jelata , begitu juga matlamat asal kempen ini dimana untuk memberi pendedahan kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih baik dalam PRU -13 nanti..

Alasan polis menahan dan seterusnya mendapat kebenaran reman 30 aktivis PSM selama 7 hari ialah mereka cuba menghidupkan fahaman komunis dan disiasat dibawah Kanun Keseksaan ( 122 ) , iaitu memerangi Yang Di-Pertuan Agong. Komunis di Negara Kita dikaitkan dengan Rejim Senjata , Kekejaman dan Pembunuhan .Tetapi , hanya kerana 30 Aktivis ini telah membawa Baju Pejuang Komunis PKM dan lain – lain ditahan dan disiasat. T-shirt Corak Wajah Komunis dan buku – buku Komunis ada dijual di negra kita secara terbuka antaranya di Central Market , Pasar Seni dan lain – lain. Jadi , bagaimana pihak polis mengatakan ini satu cubaan menghidupkan Fahaman Komunis di Malaysia. PDRM menahan 30 Aktivis termasuk Wanita dan Kanak – kanak sebagai askar Komunis , ini sesuatu yang betul – betul menjelaskan kepada kita PDRM belum berfikiran matang lagi. Kami pemuda sosialis merasakan Pihak Polis menjadi Boneka Kuasa Politik dan melakukan penahanan ini untuk mengaburi mata rakyat lagi.

Kami juga dimaklumkan bahawa statement rakaman percakapan ( 112 ) telah diambil sebanyak dua kali , tindakan tersebut menyalahi Prosedur Kanun Jenayah ( CPC ) serta mencabuli Hak Asasi Orang Kena Tahan ( OKT ) yang berkeputusan untuk “ Berdiam Diri ” secara diperuntukkan dalam undang – undang pemberian kenyataan kepada polis. Apabila ahli keluarga memohon untuk berjumpa dengan OKT , Polis tidak membenarkannya. Pada hari ini , 30 / 6 /2011 dengan gesaan Pihak SUHAKAM dan Peguam telah mendapat kebenaran untuk berjumpa 24 OKT. Enam orang lagi iaitu Dr Kumar , Sugumaran , M.Saraswathy , R.Saratbabu , Letchumanan dan Choo Choon Kai tidak dibenarkan untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka dan ini merupakan sesuatu yang mencabuli hak asasi mereka. Selain itu , 6 orang ini juga dimasukkan kedalam sel secara berasingan dan bersendirian.

Kami mendapat tahu ada Aktivis yang kena pukul , diludah , dimarah dengan kata – kata kesat , disoal siasat 7 jam secara berdiri , tiada air dan ubat diberkan apabila diminta. Kami rasa perlakuan pihak polis terhadap aktivis PSM adalah melampau dan tidak berperikemanusian.

Kami sebulat suara membantah penahanan 30 Aktivis di 4 Balai Polis berasingan dalam Negeri Pulau Pinang . Kami juga menggesa Pihak polis supaya bersikap neutral dengan membebaskan kesemua 30 Aktrivis PSM dengan serta – merta.

Muhammad Hussein Bin Abdullah
Timb. Setiausaha Pemuda Sosialis Nasional
30 JUN 2011

Blackend Is The End

Dyers Eve