To Live Is to Die

free counters

Khamis, 28 Julai 2011

Dr. Jeyakumar melancarkan mogok lapar!

Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011..

Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6 dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

  1. Walaupun tuduhan keatas mereka adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini
  2. Walaupun sudah berkali-kali dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu keatas PSM 6
  3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat “frame-up” tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.

Dr. Jeyakumar menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13 tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3 laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia sahaja. Polis masih ‘menembak secara liar’ (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Released by
Mohanarani Rasiah
019-5638464

Blackend Is The End

Dyers Eve