To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 1 Julai 2011

KENYATAAN AKHBAR DR NASIR HASHIM PENGERUSI PARTI SOSIALIS MALAYSIA


Sdr . Romeo Castillo merupakan seorang aktivis dari Party of the Labouring Masses (PLM) , Philippines yang telah hadir ke Malaysia atas jemputan Parti Sosialis Malaysia . Beliau telah sampai ke Malaysia pada 3hb.Jun,2011 dengan semua dokumen dan visa yang sah dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PSM dari 3hb.Jun sehingga 5 hb.Jun, 2011.

Tetapi kini beliau berada ditahanan polis di IPD Sepang atas tuduhan memalsukan paspot. PSM mendesak agar beliau dibebaskan dengan kadar yang segera kerana penahanan ini berniat jahat , dan sehingga kini tiada apajua kesalahan atau bukti yang dikemukakan oleh pihak polis . Kronologi kejadian adalah seperti berikut;

  1. Selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM , Sdr Romeo telah memulakan lawatan sambil belajarnya di Malaysia dengan tujuan memahami situasi , sosio , ekonomi dan politik Malaysia.
  2. Dari 24hb. Jun sehingga 26hb.Jun, 2011 beliau telah mengikuti bas kempen “Udah lah tu Bersaralah … “ anjuran PSM dari Johor sehingga Selangor.
  3. Sepanjang 3 hari kempen beliau tidak langsung melibatkan diri dalam kempen dan bertindak sebagai pemerhati sahaja .
  4. Pada 25hb.Jun, 2011, apabila rombongan bas diberhentikan oleh polis di Tangkak, Johor , kesemua hal peribadi Romeo telahpun direkodkan .
  5. Di IPD Ledang , Johor , polis telah merekodkan percakapan 112 dan juga polis telah mengesahkan kesahihan dokumen passpotnya dan juga visa pada ketika itu.
  6. Selepas percakapan 112 diambil , beliau telah dibebaskan bersama rombongan bas dengan seorang penjamin .
  7. TETAPI , semalam apabila beliau ingin pulang ke tanahairnya beliau sekali lagi ditahan di Lapangan Terbang LCCT , Sepang . Polis tidak membenarkan beliau naik penerbangannya yang telah berlepas pada 30hb.Jun,2011 jam 2.40 petang .
  8. Apabila dihubungi melalui peguam dan juga wakil kedutaan Filipina , polis memaklumkan bahawa beliau akan dihantar pulang ke Manila melalui penerbangan lain, MH804 yang berlepas pada jam 5.30 petang ke Manila.
  9. Kami memastikan bahawa tiket penerbangan sememangnya telah diambil untuk MH804, 5.30 petang tetapi Sdr Romeo tidak dibenarkan naik dan terus dibawa ke IPD Sepang .
  10. I/O Insp Wan Amirul memaklumkan kepada kami bahawa Sdr.Romeo Castillo sekarang sedang ditahan atas kesalahan imigresen Seksyen 56(1)(L) , iaitu kononya pemalsuan passpot dan dokumen.

Parti Sosialis Malaysia berpendapat bahawa penahanan Sdr.Romeo Castillo ini tanpa berasas, berniat jahat dan bermotifkan politik .

  1. Sdr. Romeo telah memasuki negara ini dengan semua dokumen yang sah yang telah dikenalpasti di imigresen semasa ketibaannya .
  2. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Agung Party of the Labouring Masses(PLM) Filipina, sebuah organisasi pekerja dan rakyat marhaen yang terkenal.
  3. Semua percakapan , pemeriksaan barangan yang dibawa Romeo Castillo sudahpun dibuat pada 25hb.Jun,2011 di IPD Ledang
  4. Penahanan ini dengan tuduhan tambahan ini , iaitu ‘pemalsuan passpot ‘merupakan satu lagi taktik pihak polis untuk memastikan Romeo Castillo tidak meninggalkan negara dan terus dalam tahanan .
  5. Tindakan polis seolah –olah mengikuti fitnah yang disebarkan oleh Utusan Malaysia iaitu kononya Parti Sosialis Malaysia bersekongkol dengan agen asing untuk mengulingkan Kerajaan.
  6. Penahanan polis pada 30hb.Jun,2011 sengaja dibuat agar selari dengan motif politik Kerajaan Barisan Nasional dan jurucakapnya Utusan Malaysia untuk ‘membuktikan’ bahawa kononya ‘agen’ dan musuh bayangan yang berkomplot mengulingkan Kerajaan ini benar-benar wujud .
  7. PSM percaya bahawa penerbangan MH804 telahpun ditempah oleh pihak imigresen dan polis untuk menghantar balik Romeo Castillo kerana mendapati tiada apajua sebab untuk terus menahan beliau . TETAPI nampaknya pada saat-saat terakhir adanya ‘arahan atas’ yang mencetuskan tuduhan baru ‘ pemalsuan passpot ‘ agar beliau dapat terus ditahan .

Justeru itu Parti Sosialis Malaysia menuntut agar:

  1. Sdr.Romeo Castillo dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Filipina .
  2. Kerajaan menghentikan sandiwara ini yang cuba mencari-cari musuh bayangan dengan tujuan mengekalkan suasana takut dan gerun rakyat menjelang perhimpunan Bersih 2.0
  3. Menghormati hak seorang pelawat yang telah memasuki negara dengan sah dan tidak melakukan apajua kesalahan.

Sekian
Yang benar

Dr. Nasir Hashim
Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia

Blackend Is The End

Dyers Eve