To Live Is to Die

free counters

Rabu, 20 Julai 2011

KRONOLOGI 6 ORANG TAHANAN ORDINAN DARURAT


• Kempen ‘Udahlah tu… Bersaralah’ telah dilancarkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara serentak ke seluruh negara.

• Terdapat 2 rombongan yang menyebarkan kempen ini dimana satu kumpulan bertumpu di kawasan utara semenanjung dan yang satu lagi bertumpu di bahagian selatan semenajung.

25 Jun 2011

• Sebanyank 28 ahli rombongan selatan telah ditahan di Tangkak, Johor dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang atas tuduhan perhimpunan haram,Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Namun demikian, mereka dibebaskan dibawah jaminan polis.

• Seramai 31 ahli rombongan utara turut ditahan di Tol Sungai Dua di Kepala Batas. Mereka dibawa ke IPD Kepala Batas untuk diambil kenyataan serta menjalani proses jamin.

26 Jun 2011

• Walaupun proses jaminan telah diselesaikan, mereka masih ditahan. Pihak polis membawa mereka ke Mahkamah Sesyen Butterworth untuk mendapat perintah reman ke atas mereka berdasarkan alasan bahawa mereka perlu menyiapkan siasatan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

• Mahkamah the memberi perintah reman selama 7 hari sehingga 2 Julai 2011 terhadap 30 orang manakala remaja S Ragu telah dibebaskan pada hari tersebut.

(Sumber: Free Malaysia Today)

28 Jun 2011

• Selepas campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang pergi ke balai polis, ahli keluarga dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan dimana mereka dinafikan hak tersebut sebelum SUHAKAM memberi bantuan.

• Para peguam memfailkan satu semakan mahkamah untuk mengurangkan tempoh tahanan reman tersebut.

(Sumber: The Star)

30 Jun 2011

• Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan tersebut malah memutuskan bahawa tempoh reman 7 hari adalah berpatutan.

(Sumber: The Star)

2 Julai 2011

• 6 tahanan yang merangkumi Dr Jeyakumar (MP Sungai Siput), Sarasvathy Muthu, Sukumaran Munisamy, Choo Chon Kai, Letchumanan dan Sarat Babu telah dibebaskan daripada tuduhan pelancaran perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

• Namun, 6 orang tersebut ditahan semula oleh polis dari Bukit Aman dibawah tuduhan seksyen 3(1) Ordinan Darurat 5/69 (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 (iaitu Emergency Ordinance, EO) kerana mereka dipercayai telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

• Tahanan tiada akses kepada peguam ataupun ahli keluarga.

(Sumber: Free Malaysia Today)

3 Julai 2011

• Peguam Edmund Bon melalui Tetuan Raj Ong & Co telah menghantar surat kepada pihak Bukit Aman untuk meminta agar beliau dapat berjumpa dengan semua tahanan pada 4 Julai 2011.

(Sumber: Memorandum kepada SUHAKAM)

4 Julai 2011

• Ahli keluarga dan peguam pergi ke Bukit Aman tetapi tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan oleh seorang pegawai polis, Zainin kerana tiada arahan daripada pihak atasan.

• Peguam Edmund Bon turut meminta tahanan Sarasvathy dan Sukumaran dilepaskan untuk meghadiri perbicaraan di mahkamah esok yang melibatkan penyertaan dalam protes kenaikan harga. Tahanan Sarat Babu turut diminta untuk dilepaskan untuk mengambil ujian perundangan. Namun demikian, kesemua permintaan ini telah ditolak oleh pihak polis.

(Sumber: The Malaysian Insider)

5 Julai 2011

• Suara Anak Malaysia (SUARAM) bersama-sama dengan ahli keluarga 6 orang tahanan, para peguam serta badan NGO yang terdiri daripada Angkatan Warga Aman (AMAN) telah menyerahkan memorandum kepada pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Detta Samen dengan objektif untuk menggesa kerajaan membenarkan akses kepada peguam dan keluarga masing-masing.

(Sumber: Malaysian Digest)

6 Julai 2011

• Para peguam memfailkan permohonan habeas corpus supaya 6 tahanan dibebaskan dengan segera di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

• Pihak berkuasa Bukit Aman membenarkan para peguam untuk berjumpa dengan 6 tahanan petang esok di 6 balai polis yang berlainan tetapi lokasi tahanan masih tidak diketahui lagi.

• Sarasvathy dan Sukumaran telah dibawa ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan mengenai protes kenaikan harga yang sepatutnya berlangsung pada semalam.

(Sumber: Free Malaysia Today)

7 Julai 2011

• Para peguam berjaya untuk berjumpa 6 tahanan di balai polis yang berlainan.

• Tahanan dibenarkan untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam selama 15 minit bagi setiap perjumpaan. Pada masa inilah, peguam turut mengambil tandatangan tahanan ke atas notis perlantikan peguamcara.

• 6 balai polis yang terbabit:

a) Balai Polis Dang Wangi – Tahanan R Saratbabu Raman

b) Balai Polis Selayang – Tahanan Letchumanan Aseer Patham

c) Balai Polis Travers, Brickfields – Tahanan Sukumaran Manisamy

d) Balai Polis Jinjang – Tahanan Michael Jeyakumar Devaraj

e) Balai Polis Kepong – Tahanan Sarasvathy Muthu

f) Balai Polis Petaling – Tahanan Choo Chon Kai

10 Julai 2011

• Dr Jeyakumar dibawa ke IJN. Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk melawat beliau kecuali isterinya.

(Malaysia Today)

11 Julai 2011

• Kes enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 12 Ogos 2011.

• Peguam D Yudistra berasa kecewa dengan tarikh tersebut. Oleh sebab itu, beliau akan cuba untuk mendapat tarikh perbiacaraan yang lebih awal.

(Sumber: Free Malaysia Today)

13 Julai 2011

• Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh 6 tahanan PSM pemimpin pada 22 Julai 2011.

• Dr Jeyakumar pulang dari IJN.

(Sumber: BERNAMA)

14 Julai 2011

• Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah memberikan kebenaran kepada 3 Ahli Parlimen untuk melawat Sungai Siput MP Dr M. Jeyakumar di ibu pejabat polis Bukit Aman esok.

• Ahli Parlimen ynag terlibat ialah Ipoh Timor MP Lim Kit Siang, Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub and Subang MP R. Sivarasa.

(Sumber: The Malaysian Insider)

15 Julai 2011

• Ahli keluarga tahanan EO turut dibenarkan untuk berjumpa dengan tahanan di 6 lokasi yang berlainan di sekitar Lembah Klang selama 15 minit.

• 3 Ahli Parlimen berjumpa dengan Dr Jeyakumar di Bukit Aman.

• SUARAM, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan PSM cawangan Kajang menghantar satu memorandum dan petisyen yang ditandatangani oleh 500 individu mendesak agar enam tahanan EO dibebaskan segera kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar..

Blackend Is The End

Dyers Eve