To Live Is to Die

free counters

Selasa, 26 Julai 2011

LAGI KISAH SUGU PSM

Apabila Sugu ditangkap pada 2 Julai, beliau bercakap kepada saya melalui telefon. Beliau berkata, "Saya OK, sila pastikan siapa-siapa yang boleh bawa ibu saya ke hospital." Mindanya masih sarat dengan kesihatan ibunya yang semakin kritikal sejak bulan lalu..

Kemudian saya berjumpa dengan Sugu apabila beliau datang untuk kes Protes kenaikan minyak di mahkamah, di mana kami ditangkap bersama ketika itu. Beliau dibawa masuk dengan tangannya digari. Beliau dan Saras menerima tepukan yang gemuruh apabila melangkah ke dalam mahkamah. Sugu masih memakai baju T-shirtnya "Udahlah", memanjat ke atas kerusi dan menjerit "Hidup Rakyat!", "Udahlah Bersaralah BN". Saya rasa tindakan itu adalah berani untuk seseorang yang ditahan tanpa perbicaraan.

Saya mengenali Sugu untuk beberapa tahun, dan beliau sememangnya rakan seperjuangan yang rajin. Sentiasa taat kepada perjuangan dan matlamat. Sentiasa yakin dengan kuasa rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau lebih berusaha untuk membaca dan menulis. Semangat ini harus dipuji memandangkan beliau hanya mengkaji sehingga tingkatan tiga, tetapi ini tidak menghalang tekadnya. Di mahkamah beliau memberitahu saya, bahawa polis menyoalnya, apa itu sosialisme? Beliau menjawab membuat kerja umbi dan membantu mereka yang miskin.

Satu lagi, anak beliau juga sangat aktif dalam aktiviti parti dan kerja akar umbi. Sugu memandang ianya sesuatu yang penting, dan sering menggalakkan anaknya untuk terlibat sepenuhnya. Hari ini, ketika beliau ditahan, keluarganya bekerja sepenuhnya untuk memperjuangkan pembebasannya.

Sugu memainkan peranan memimpin dalam banyak aspek, sebagai anggota PSM negeri Perak, penyelaras program hari Buruh, dan sentiasa menjadi perunding dengan polis apabila demonstrasi dijalankan di Perak. Penahanan terhadap beliau dan lain-lain adalah salah, dan kesemua orang mengetahuinya. Saya pasti Sugu akan lebih kuat dan tabah apabila dibebaskan. Tabah, rakan seperjuangan, sementara kita memperjuangkan pembebasan kamu!
*Arutchelvan ialah Setiausaha Agung PSM. Tulisan ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Inggeris.

Blackend Is The End

Dyers Eve