To Live Is to Die

free counters

Ahad, 24 Julai 2011

SOSIALIS KAFIR

Dari Blog Revolusi Habib(CLICK TAJUK INI UNTUK KE BLOGNYA)

Catatan di bawah ini di ambil dari blog seorang anak muda yang memilih Parti Sosialis Malaysia sebagai pentas perjuangannya. Sudah lama aku ingin menulis tentang dirinya tetapi masih belum kesampaian. InsyaAllah aku akan menulis tentang dirinya selepas aku siapkan artikal tentang Dr Kumar, Saras, Sugu, Babu dan Chon Kai.

Semoga aku di beri kelapangan untuk berbuat demikian..

Aku lahir dalam keluarga beragama. sampai mati pun aku beragama.

aku lahir dalam sebuah keluarga yang bila aku lahir sahaja pada tahun 1990, kedua ibu bapa ku sudah menjadi ahli pas. ketika itu, PAS masih panas dengan bahang-bahang talam dua muka segelintir pimpinan mereka yang berpaling tadah kepada UMNO.

ketika itu juga, PAS sedang panas dengan semangat IRC dan Arqam yang menular semakin menular dalam PAS.

nak tahu IRC tu apa? hah, tu lah dia orang-orang IRC mcm syed norazman tu hah. konon nak berjuang untuk Palestin, tiba-tiba jadi barua Najib Razak. kah kah kah!

orang macam tu, PERGI MAMPUS lah nak mati syahid. Zionis pun tak nak simpan mayat kau. kah kah kah!

ketika ayahanda saya berada dalam PAS...proses-proses awal tarbiahnya atau usrahnya dipimpin oleh saudara Mustafa kadir. Mustafa kadir ni seorang pengikut kuat IRC. dia pimpinan IRC ketika di UK.

setelah dia kembali semula ke Malaysia, dia mula menjauhkan diri dari perjuangan. Dia mula terhidu-hidu bau hanjing dan hancing UMNO. akhirnya dia tumpas dan tewas. Pabila dia tewas, dia pun mengikut kepala konek UMNO ke mana-mana. akhirnya, matinya pun kalau dah mati, hendaklah dalam UMNO. kah kah kah

dalam silibus-silibus usrah PAS pada zaman itu, banyak menekankan mengenai fahaman-fahaman. tetiba, nama sosialis juga dinaikkan sebagai satu fahaman yang menyesatkan. persoalannya ialah, siapa yang susun silibus usrah PAS ini?

setahu saya ketika itu, ketua dewan ulamak ialah Harun Taib. Harun taib ni memang banyak merugikan PAS. banyak kenyataan-kenyataannya berbaur perkauman dan rasis. banyak juga kenyataan-kenyataannya tidak menjaga hati sahabat seperjuangan. ketika PAS bergabung dengan parti-parti yang lain yang mana ketika itu, digelar sebagai Barisan Alternatif. seluruh majlis Syura sudah pun menyetujui penggabungan untuk berjuang bersama DAP, PRM, dan PKN. namun, ulamak haprak ini sibuk nak menghentam sana-sini berkenaan dengan penggabungan. begitu juga dengan beberapa orang pimpinan DAP ketika itu yang sibuk nak bertelagah bila dah bergabung. gila hapa.

maka silibus pun disusun oleh dewan ulamak yang dipimpin spesies ustaz jenis ini. ustaz yang tak belajar sejarah ini terus menerus menyalahkan fahaman sosialisme sebagai satu ajaran sesat yang barangsiapa menyertainya boleh menyebabkan rosak aqidah. ini entah kepala hotak mana cara dia pikir aku tak tau.

dalam isu yg lain, ustaz ini juga lah yang berspesies sejenis menyalahkan Syiah sebagai kafir dan sesat, akhirnya, orang Syiah jugak lah yang jadi ketuanya. hahaha. gila tak gila lah jugak dia lepas Mat Sabu menang. hahaha.

tapi sekarang, sudah ada semacam perubahan. anjakan. PAS sudah jarang-jarang mengaitkan sosialisme dengan fahama kesesatan. cuma.......................................................

cuma ada segelintir naqib-naqibah di kampus yang terdidik dengan semangat assobiyyah ini, memasukkan dalam silibus usrah mereka berkaitan memburukkan fahaman sosialisme dalam kalangan anak-anak usrah mereka. mereka menyamakan fahaman sosialisme dengan fahaman-fahaman yang lain seperti fahaman nasionalisme dan sebagainya. sedangkan ideologi sosialisme itu melaut dan meluas. sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mahukan perjuangan yang syumul(menyeluruh) . akibat tak belajar dan peka dengan sejarah, naqib-naqibah yang datang setiap minggu ke kampus ini terus menyebarkan perkara yang salah. ini kerap dan masih berlaku hingga kini. ramai kawan-kawan aku di kampus yang baru dikader melaporkan perkara sedemikian.

PERSATUAN ISLAM DI KAMPUS

di UM, memang dahulunya nampak hot gila persatuan Islam itu. mereka lah yang menggerakkan politik luar kampus. mereka lah yang memimpin demontrasi. namun, itu hanya setakat hingga tahun 2000. selepas tu, semuanya suram segala.

di UKM juga lebih kurang begitu. persatuan Islam kelihatan suram. nampak penakut.

UIAM pula hanya hot dalam kampus, sama macam UM. universiti-universiti lain juga serupa.

*************************************************************************************

oleh yang demikian, seruan kepada naqib-naqibah agar tolong ubah silibus mengelakkan kacau pemikiran dalam minda anak-anak muda untuk berjuang. jikalau fahaman Islam yang anda bawa itu pun membawa kepada kelayuan dan kebaculan kepada anak-anak usrah itu, maka tolong jauhkan persepsi negatif terhadap fahaman sosialisme dalam jiwa anak-anak muda yang radikal.

jika melalui sosialisme mereka boleh berjuang, maka jangan sesatkan mereka. jika ajaran Islam yang kalian sebarkan dalam kampus itu membuatkan mereka takut dan layu, maka anda perlu kaji semula Islam apa yang anda bawa. Kerana Islam Muhammad bukan Islam yang penakut untuk turun ke jalan berdemo.

mahasiswa jiwa sosialis.

penyertaan mahasiswa dari persatuan Islam kampus dilihat terbantut dan terhad dalam segelintir isu sahaja. Mana kesyumulan yang dibawa Islam? isu pekerja malaysia hanya diperjuangkan oleh segelintir anak muda di kampus. syabas buat mereka yang berada dalam gambar di atas.

seorang islamis seperti Mat Sabu juga mengagumi perjuangan sosialisme. jika sosialisme terus dianggap sesat dan jahat oleh naqib-naqibah usrah, maka akan hancurlah masa depan perjuangan di malaysia kerana Islam dan sosialisme adalah seiring. Nabi Muhammad perjuangkan marhaen, begitu juga sosialis.

Blackend Is The End

Dyers Eve