To Live Is to Die

free counters

Isnin, 4 Julai 2011

PENGUNDI HANTU UMNO PENGUNDI HANTU PAS

aKU TAK TAHU SAPA YANG TULIS NI; MUNGKIN MAT SAMAN KATI.


Sejak dua tiga hari ni, banyak blog yang melondehkan SPR. Tapi aku mintak la…berlaku adil jugak la kat SPR tu sikit. Bukan pasai apa, SPR tu cuma budak suruhan Umno. Kalau nak kutuk, kutuk bos SPR, jangan la hayun semua sekali sebab ramai juga yang dalam SPR tu orang kita. Sat lagi, hangpa kutuk semua…kita pun tak dapat info dari dalam.

Satu perkataan yang paling popular bila sebut SPR ni ialah "Pengundi Hantu". Tapi kadang-kadang, definasi pengundi hantu ni kita sendiri pun kabur. Macam mana yang dikatakan pengundi hantu? Berapa ramai pengundi hantu yang dah berjaya kita tangkap atau kenalpasti?

Kalau takat ada berpuluh nama dalam senarai yang didaftarkan dalam satu rumah..belum boleh dikatakan pengundi hantu. Pasai apa aku kata begitu, sebab kalau yang itu dikatakan pengundi hantu, maka Umno bela hantu, Gerakan bela hantu, Pas pun bela hantu.

Macam mana boleh jadi begitu ramai pengundi dalam satu alamat? Kalau nak tunggu SPR yang cerita…depa tak kan cerita. Depa buat bodoh saja.

Aku tak mau kata aku terrrer…tapi dulu aku jadi bomoh bela pengundi hantu ni.

Semasa PRU 1990, Gerakan hilang banyak kerusi di Pulau Pinang kerana persefahaman diantara Semangat 46 dengan DAP. Lim Chong Eu kalah di Padang Kota ditangan Lim Kit Siang. Tapi Koh Tsu Koon menang di Tanjong Bunga. Oleh kerana ramai pemimpin Gerakan yang senior semua kalah, maka Koh Tsu Koon yang junior jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Koh tsu Koon pun dapat jadi Ketua Menteri pasai Umno bodoh.

Umno menang lebih banyak kerusi dari Gerakan, tapi depa bagi kat Gerakan untuk jadi Ketua Menteri! Masa depa ada kuasa, depa bagi kat Cina. Bila depa dah tak ada kuasa, baru depa hingaq, Penang sudah jatuh ketangan Cina. Bodoh piang!!

Tahun 1992, Gerakan sudah mula merancang bagaimana hendak memenangi kembali kerusi yang tewas. Aku diminta untuk join satu team underground untuk Gerakan. Masa tu, bukan pasai aku ahli Gerakan atau minat politik…tapi pasai aku terror menggunakan Lotus 123.

Best bro!! Tahun 1992 sapa yang ada pakai laptop? Bos aku bagi satu laptop AST monochrome berharga RM12,000. Perisian yang ada hanyalah Lotus 123, Wordstar dan Dbase 111+. Apa lagi…berlagak sakan la.

Aku bekerja dibawah Dr. Neoh Soon ***. Orang Gerakan mesti tau. Dr. Neoh lapor terus kepada Koh Tsu Koon.

Team kami adalah team underground bekerja untuk Gerakan. Orang Gerakan pun tak kenal kami. Tugas kami adalah untuk memenangi DUN Bukit Tengah dan mempertahankan DUN Tanjong Bunga.

Kerja aku ialah memindahkan pengundi yang pro -BN dari sekitar Bukit Tengah. Termasuk dari Machang Bubuk, Alma dan Juru. Tak susah buat kerja ni. Cuma pi cari Ketua Cawangan Umno kat tempat-tempat ni, minta kat depa nama ahli-ahli Umno dan kami pindahkan ke Bukit tengah. Ketua cawangan minta RM50.00 satu nama. No problem. Bagi kat yang punya nama lagi RM50.00. Hari mengundi lagi RM50.00 Bayar kat orang dalam SPR Rm50.00.

Bajet untuk satu pengundi ialah RM300.00. Lebih aku punya. 100 orang dah RM30,000.00. Ceh…berapa sangat? BN belanja RM5 juta untuk satu DUN.

Kat Tanjong Bunga pulak lain taktiknya. Nak pindah dari mana? Tarik dari Kebun Bunga, Teng Hock Nan marah, tarik dari Teluk Bahang Hilmi marah.

Apa yang aku buat ialah impot dari Air Itam. Aku pindahkan 2,000 pengundi dari Air Itam ke Tanjung Bunga. Sebabnya…masa tu kami dapat tau..Lim Kit Siang akan menentang Koh Tsu Koon dalam PRU berikutnya. Memang betul!! Tahun 1995, Kit Siang bertanding di Tanjong Bunga melawan Koh Tsu Koon. Tapi Kit Siang tewas.

Kat Bukit Tengah pun Liang Tau Sang dari Gerakan menang!!

PKR tak mau belajar taktik ni…sebaliknya depa pandang serong kat aku. "Tak guna…hang pun buat kerja kotoq ka?" Macam la depa bersih sangat.

Tapi Pas belajar taktik ini. Selepas PRU 1999, Pas pun buat benda ni. Ramai ahli-ahli Pas yang duduk kat Juru, Penanti, Seberang Jaya…semua depa pindahkan ke Permatang Pasir. Ini bukan cerita kosong!!


Idris bin abdul Wahab adalah Ketua Cawangan Pas Kampong Tok Panjang, dalam DUN Bukit Tengah. Macam mana dia boleh mengundi di Permatang Pasir? Yang anak panah biru tu bini dia!! Nak tau lebih banyak lagi…pi tanya Abu Nawas.

Tu pasai, dalam PRK Permatang Pasir, Pas tak bising tentang pengundi hantu…tapi yang bising ialah Umno. Sebab dalam satu rumah…ada yang sampai 30 pengundi…dan semuanya mengundi Pas.

OK…kalau nak bising pasai ramai pengundi dalam satu alamat..yang tu kira fair and square.

Dan yang ini bukan pengundi hantu…sebab pengundi-pengundi tersebut pijak tanah. Kalau nak jejak pengundi hantu ni pun tak susah.

Yang aku kategorikan sebagai pengundi hantu ini ialah orang yang mengundi dengan menggunakan nama orang lain. Bila pengundi sebenar datang nak mengundi, tiba-tiba SPR kata dia dah mengundi. Kemudian, ada orang yang mengundi sedangkan pengundi tersebut dah mati….tapi hidup balik bila hari mengundi.

Tapi…taktik memindahkan pengundi ni dah outdated. Umno pun tak mau pakai taktik ni sebab kosnya tinggi dan ROI rendah. Jadi depa gunakan taktik baru.

Taktik baru ialah dengan memindahkan pengundi tanpa melalui orang tengah macam aku. Sebaliknya terus dengan SPR. SPR cuma perlu ubah data dalam database depa, tup-tup bila hari mengundi, pengundi terkejut sebab depa dah kena tukar tempat mengundi.

Disini Umno menang banyak sebab saikologi.

Bila tiba hari mengundi, kereta yang mengangkut pengundi dari Pakatan…terutamanya dari PKR tak cukup. Kebanyakan pengundi naik kenderaan sendiri. Penyokong Pakatan tak kan mau naik kereta BN. Nak naik kereta Pakatan…lambat sangat. Jadi depa naik kereta sendiri. Terpaksa la menempuh traffic jam.

Tup-tup…bila sampai tempat yang dia biasa mengundi…nama dia tak dak. Bila check..tengok-tengok nama dia dah kena pindah DUN lain. Hangpa ingat dia nak pi ka? Baik balik rumah…tidoq. Hilang satu undi untuk Pakatan.

Tapi Umno ada database sendiri. Depa tau kat mana pengundi berada dan ada petugas yang boleh angkut. tu pasai…peratus mengundi dikawasan yang Umno menang tinggi sebab depa pastikan penyokong depa keluar mengundi.

Kita pulak…tak tau penyokong kita duduk kat mana?

La ni kita nak buat apa?

Dalam satu-satu DUN, hampir 15% daripada pengundi tidak tinggal dialamat yang terdapat dalam Daftar Pemilih. Depa daftar kat Kuala Kangsar, tapi kerja kat Bayan Lepas. Yang ni dikategorikan sebagai "Pengundi Luar". Kalau kita tak ada database pengundi luar, macam mana kita nak jejak pengundi ni? Yang ni nak salahkan SPR atau salahkan parti tak buat kerja.

Mungkin kalau kita nak komplen, kita boleh komplen tentang alamat yang tak wujud. Sebagai contoh…Labourers Lines dan Government Quarters, dalam Daerah Mengundi Sauk, DUN Chenderoh. Parlimen Padang Rengas.


Kalau hangpa tanya kat orang Sauk..mana yang muda-muda tu…mati hidup balik depa tak tau. Sebab Labourers Lines tu dah tak dak sejak 20 tahun yang lalu. Dah jadi reban ayam hutan.

Government Quarters tu pun tak dak sapa yang duduk lagi dah.

Kalau yang tua-tua tu beralamatkan Labourers Lines…aku tak heran. Tapi macam mana yang muda-muda tu pun beralamat disitu? Ini kelemahan sistem…sebab bila depa mendaftar sebagai pengundi, kena ikut alamat dalam IC. Walaupun alamat dalam IC tu dah tak wujud.

La ni…kita nak terajang SPR atau perbaiki sistem? Kalau nak perbaiki sistem…macam mana?

Blackend Is The End

Dyers Eve