To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 15 Julai 2011

JOM KITA KENALI SIAPA POLIS YANG BERNAMA "SUHAIMI" DI DALAM HIMPUNAN BERSIH

Himpunan Bersih sudah seminggu berlalau tatapi cakap2 pasal Bersih dan polis masih belum habis2 di bicarakan.....

Maki hamun dan caci maki kepada polis berterusan di FB dan blog kerana kononya polis ini zalim.

benarkan polis ini zalim dan kejam? Sebenarnya polis tidak zalim atau kejam.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa pihak polis sebenarnya bertindak demikian kerana mahu membantu mempercepatkan kekalahan Umno. Dari segi zahirnya mungkin kita nampak polis bertindak melampau tetapi di sebaliknya ialah polis sedang berusaha keras untuk menjatuhkan Umno dengan segera.

Sejarah 2008 telah membuktikan perubahan pengundi India kepada pembangkang adalah kerana bantuan polis sewaktu himpinan Hindraf sebelum PRU yg lalu. Pihak polis telah membantu menukar minda kaumIndia yang sebelum itu hanya bertuhankan BN/MIC kepada menderhaka Tuhan mereka yang bernama BN/MIC itu.

Tanpa batuan pihak polis memukul dan menembak gas pemedih mata sudah pasti sampai sekarang pengundi India akan terus mengundi BN.

Himpunan Besih kali ini adalah lebih hebat dari segala perhimpuan yang berlaku selama ini. Jika sebelum ini pihak polis hanya memukul dan menembak gas pemedih mata tetapi kali ini pihak polis telah menyebabkan kematian.

bayangkanlah berapa banyak undi melayu yang akan berubah dari Umno kepada PR dengan kematian orang melayu ini. Bayangkan pula berapa banyak undi keluarga pesakit di hospital yang di tembak gas dan asid akan beralik ke PR kerana rasa marah mereka terhadap tindakan polis itu.

Lebih ramai di pukul dan lebih ramai di tangkap malah lebih ramai kematian adalah satu petanda baik untuk PR menghalau Umno dari Putrajaya. Inilah perjuangan. Perjuangan perlukan pengorbanan.

Oleh itu sambungan dari berita di atas seperti keratan di bawah ini adalah satu petanda tidak baik terhadap PR. Polis yang bernama Suhaimi ini menurut majlis peguan adalah seorang polis yang bersikap baik kepada peserta Bersih.

Jika semua polis bersikap seperti Suhaimi ini sudah pasti akan melambatkan lagi kemenangan PR. Oleh itu marilah kita sama2 ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak polis yang telah bersama2 menjayakan himpuan Bersih kali ini.

Tanpa pukul memukul, gas dan asap serta tangkapan dan kematian apalah ertinya himpunan Bersih sabtu lalu. Mungkin himpunan Bersih hanyalah akan bertaraf himpunan pasukan jihad Berahim Geli sahaja.

Blackend Is The End

Dyers Eve