To Live Is to Die

free counters

Isnin, 25 Julai 2011

Sugumaran a/l Munisamy

Sugumaran atau lebih dikenali sebagai “Sugu” adalah anak kepada Munisamy a/l Maniam dan Sinnamah a/p Sinniah. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1961. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah pekerja ladang. Tahap pendidikan beliau adalah sehingga Tingkatan 3. Walaupun berbekalkan tahap pendidikan yang boleh dikatakan rendah, namun beliau mempunyai tahap pengalaman yang luas. Beliau bekerja sebagai juruteknik dan juga menolong ibu bapa untuk menorah getah..

Jika kita melihat sejarah perjuangan Komrad Sugu, pada tahun 1986 iaitu ketika beliau berusia 25 tahun, beliau telah mula menyertai “Kalvikuzhu” dan telah mengorganisasi pusat tuisyen di lima buah ladang di Sungai Siput.

Ketika beliau berusia 30 tahun iaitu pada tahun 1991, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dan beliau telah dikurniakan 2 anak perempuan dan 1 anak lelaki. Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi ahli “Alaigal”. Tujuan asas beliau menyertai Alaigal adalah untuk menperjuangkan hak pekerja ladang yang ditindas. Beliau juga telah berjuang untuk kesaksamaan para petani, peneroka Bandar dan secara umumnya masyarakat yang ditindas.

Beliau telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis kerana penglibatan beliau dalam perjuangan yang suci ini. Walaupun begitu, semangat beliau masih segar dan beliau tidak akan berganjak sehingga hak yang dituntut tidak diperoleh.

Ketika beliau berusia 37 tahun iaitu pada 1998, beliau telah menjadi ahli Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Ketika beliau berusia 47 tahun iaitu pada 2008, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Jawatan ini memang sesuai untuk beliau kerana penglibatannya dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat yang tertindas. Pada 4 Jun 2011, Kongres PSM telah diadakan dimana beliau telah dipilih menjadi Ahli Pusat PSM.

Beliau memang terkenal di kalangan ahli PSM dan masyarakat untuk kerana bakat menyanyi yang beliau ada. Boleh dikatakan dalam setiap program PSM, beliau akan menyanyikan lagu-lagu perjuangan yang memang diminati oleh orang ramai.

Walaupun beliau begitu giat dalam perjuangan, namun beliau tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarganya. Beliau begitu berdedikasi dan memberi kepentingan dalam memberikan pendidikan, kemudahan, dan juga kewangan kepada anak-anaknya.

Secara totalnya, Komrad Sugu merupakan salah satu tunjang dalam perkembangan Parti Sosialis Malaysia. Beliau mempunyai semangat yang begitu tinggi dan berani berdepan dengan polis untuk memperjuangkan hak pekerja dan masyarakat.

Kini, beliau telah ditahan di bawah Akta zalim EO = ISA. Sudah hampir sebulan beliau ditahan. Sebab yang diberikan adalah sebab yang bodah. Keluarga mereka sedang menanti kepulangannya.

Namua, semangat kita tidak akan luntuh. Kita akan berjuang berhabis-habisan sehingga penindasan mengambil tempat.

Blackend Is The End

Dyers Eve