To Live Is to Die

free counters

Rabu, 27 Julai 2011

SURAT ANWAR TUNTUT BEBASKAN 6 MANGSA FITNAH KERAJAAN UMNO/BN


Saya menuntut pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin Parti Sosialis, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu tanpa sebarang syarat. Sebelum ini alasan menahan enam yang terbabit dikatakan kerana terlibat dengan aktiviti subversif. Akan tetapi ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan Bersih 2.0. semata-mata..

Selepas permohonan Habeas Corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang Perhimpunan Aman Bersih. Alasan yang berdolak dalik ini menjadi bukti penahanan 6 orang tersebut tidak berasas sama sekali.

Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman yang dilakukan pemerintah, bukan sahaja terhadap 6 individu tersebut, akan tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat ini. Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah.

Kini wujud kebimbangan bahawa 6 yang ditahan itu, termasuk Dr Michael Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, kemungkinannya dikasari pihak polis semasa disoal siasat. Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ). Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu semenjak dari 15hb Julai 2011 lagi.

Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya. Sewajarnya Menteri Dalam Negeri perihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut pemerintah tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa yang ada. Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas. Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Blackend Is The End

Dyers Eve