To Live Is to Die

free counters

Khamis, 28 Julai 2011

TIMBALAN PEGERUSI PSM DI PAKSA POLIS TANDATANGAN DOKUMEN TANPA KERELAAN


Aduan polis - M. Sarasvathy dipaksa menandatangani dokumen 62-mukasurat tanpa kerelaan

Saya, Arutchelvan a/l Subramaniams, Setiausaha Agung PSM membuat aduan polis ini berdasarkan laporan yang saya terima dari Ahli Keluarga M.Saraswathy dimana Saraswathy membuat aduan seperti dibawah.

Sarasvathy Muthu adalah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat sejak 2hb Julai 2011 bersama dengan 5 tahanan yang lain daripada PSM. Aduan yang diterima dari ahli keluarga dari M.Saraswathy adalah seperti berikut:

  • Sarasvathy telah mengalami sakit dada di sebelah kiri yang menjalar ke tangan kiri selama dua malam berturut-turut pada 14-15 Julai 2011 sehingga tidak dapat tidur. Ini adalah tanda-tanda sakit jantung dan kemungkinan serangan jantung ( heart attack ) namun, dia tidak diberikan rawatan dengan segeranya.

  • Beliau hanya dibawa ke hospital pada 16hb Julai 12 tengah malam dan diberi rawatan. Kemudian dibawa pulang ke lokap pada pukul 2 pagi. Pada pagi itu pada 16hb Julai beliau telah dipaksa mengambil ujian poligrafi tanpa kerelaan beliau.

  • Beliau dimasukkan ke hospital pada 17 -19 Julai kerana sakit jantung tanpa pengetahuan keluarga. Apabila beliau keluar dari hospital, beliau telah diberikan ubat Cardioprin. Beliau mendapati apabila mengambil ubat ini, beliau mengalami sakit kepala dan sakit perut yang memulas-mulas. Dalam keadaan ini beliau telah diberikan dokumen soal siasat 62 mukasurat untuk dibaca dan ditandatangan. M. Sarasvathy telah memberitahu pihak polis bahawa dia tidak dapat membaca dokumen itu dalam keadaan sakit ini. Pihak polis telah bertindak membacakan dokumen 62 mukasurat itu kepada M. Sarasvathy. Tetapi kerana berada dalam keadaan sakit, M. Sarasvathy tidak dapat memahami apa yang terkandung dalam dokumen itu.

  • Sarasvathy telah diminta menandatangani dokumen 62 mukasurat itu dan beliau enggan menandatangani dokumen itu kerana tidak memahami isi kandungan dokumen itu. Beliau dipaksa juga oleh pihak polis menandatangani. Sarasvathy telah meminta agar beliau dibenarkan menandatangani dengan bantahan tetapi tidak dibenarkan oleh polis.
  • Sarasvathy dipaksa sehingga akhirnya beliau tandatangan dokumen 62 mukasurat ini.

  • Beliau sekarang sangat risau implikasi menandatangani dokumen itu .

Aduan polis ini dibuat kerana membantah tindakan polis memaksa Sarasvathy yang dalam keadaan sakit untuk menandatangani dokumen soal siasat tanpa diberi peluang untuk memahami isi kandungannya. Ini adalah isu yang sangat serius dan pihak polis menggunakan paksaan terhadap tahanan yang berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kurang selesa. Tindakan ini tidak sah dan sekiranya beliau dikehendaki menandatangani sebarang dokumen, ia harus dilakukan di hadapan peguam kami.

Aduan dibuat Oleh S.Arutchelvan pada 27 Julai 2011 di Balai Polis dang Wangi, jam 9.25pm, nombor repot adalah THSL/025133/11.

Blackend Is The End

Dyers Eve