To Live Is to Die

free counters

Khamis, 8 September 2011

LEMAN RAJA LAWAK TAWAR DIRI SEBAGAI CALON BEBAS DI DUN KUALA NERANG


DUN Kuala nerang adalah salah satu Dun yang telah di menangi oleh Umno/Bn dalam PRU yang lalu. Dun ini juga pernah menimbulkan kontravasi apabila di ura2kan Adunnya akan beralih atau melompat ke dalam Pas. Namun begitu sehingga kini kerusi ini terus di miliki Umno..

Leman raja lawak adalah pengundi di Dun ini telah beberapa kali di pancing oleh pihak tertentu untuk bersama berkempen untuk parti mereka. Apa yang di maklumkan kepada Abu Nawas oleh Leman sendiri, krisis dalam umno di Bahagian ini telah membawa kepada tawaran kepada beliau untuk menjadi ketua pemuda bahagian.

Sebagai seorang teman Abu Nawas cuma tanyakan pada Leman apakah dia punya kontena yang berisi Ringgit Malaysia untuk bertanding kerusi itu.

3 hari lepas Abu Nawas menerima mesej leman di Facebook bahawa beliau akan bertanding di kerusi Kuala Nerang sebagai calon Bebas. Sila baca mesejnya di bawah..




Baca pula catatan Leman di bawah ini :-

ANDA MUNGKIN TERTANYA TANYA KENAPA LEMAN INGIN BERTANDING TIKET BEBAS,Mungkin anda ingin tahu mengapa aku ingin menjadi pemimpin masyarakat, ya..sememangnya cita2 ku dari kecil ingin menjadi seorang pemimpin ,mengikut jejak langkah dari arwah nendaku yaitu WAK JIRUNG yg dahulunya seorang pemimpin yg disegani oleh masyarakat kedah..jalan menuju ke KUALA KETIL TEMPATNYA DISIMPAN..mengapa aku ingin menjadi pemimpin?

mengapa aku tidak meneruskan karierku dalam bidang kesenian sebagai penghibur,pelawak adan pelakon....kerana..kita belajar dari pengalaman, hidup kami semuanya merupakan insan yg paling daif di dalam kg bukit nyamuk..ikan tamban seekor berkongsi lima beradik..emak hanya melihat dari jauh..bila terkenangkannya..berlinag airmata..sambil aku menaip juga linangan air mataku sapu dengan perlahan supaya tidak membasahi keyboard pc ini..bertemankan minyak tanah tanpa elektrik disebbkan tidak berkemampuan.

.aku bersekolah seperti insan yg lain..masa tu kami menggosok baju menggunakan seterika arang yg dipinjam dari rumah jiran..umurku 5 tahun semasa itu..aku masih ingat leteran emakku supaya menjadi seorang yg berguna pada masyarakat kelak..pergi sekolah membawa bekal dengan nasi beras merah...( beras yg paling murah masa itu) dengan secubit ikan masin dan seulas ulam petai serta pucuk ubi kami membawa bekal pergi kesekolah..aku bersekolah seperti biasa..jarak aku ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh 16 kilometer ..tiba masanya aku mendapat pencapaian cemerlang dan aku mendapat bantuan dari kerajaan baju,kasut sekolah dan seluar sekolah....pemerintahan masa tu ialah UMNO..alhamdulilah..terima kasih kpd yg memberi..tp yg aku terkilan org yg rumah dekat dengan sekolah diberi bantuan basikal yg jarak rumahnya hnya 3 kilometer..jarak aku kesekolah 16 kilometer..ADAKAH ADIL?
TIDAKKAN?


baik..bila difikirkan kembali apala sangat basikal dengan baju..cuma kepincangan yg berlaku dimasa itu dirasai oleh emakku..walaupon dia tak tahu membaca dan menulis..tp dia bnyak memberi seribu harapan kepada ank bongsunya yaitu aku..apabila dah habis sekolah mengah aku merantu ke kuala lumpur dan menyambung pengajianku..dalam diriku hnyalah memikirkan masa depan dan membantu saudara2ku yg susah termasuk emakku yg hnya seorang penoreh getah ..itu pon pokok getah org bukan sendiri..kami tiada tanah,tanah yg ada hanyalah simpati dari bapa saudara dan kami menumpang mendudukinya..keluargaku tiap2 tahun memohon tanah ,baik rancangan atau tanah yg diberi oleh kerajaan tapi sampai sekarang tiada jawapan..alasanya cuma satu..masuk parti kami..kami akan beri segala yg dipinta..tapi smpai skarang hnyalah dusta semata2..sbb tu aku tak percayakan mana2 parti baik PAS ataupon UMNO..KAMI HIDUP TANPA BERGANTUNG MANA2 PARTI.

.aku berniaga dikaki lima,pernah dihalau oleh dewan bandaraya kerana berniaga tanpa lesen,begitu susah nak cari rezeki dinegara sendiri,org memandang hina berniaga dikaki lima sbb menjual barangan ubat tradisional,sambil berniaga aku belajar hingga aku mendapat kerja pembantu guaman..selang 1 bulan aku kerja dengan gaji pertama naku pergi ujibakat raja lawak ..hinggalah aku dapat memasuki raja lawak musim ke5..namaku disebut dalam tv ,radio,dan surat khabar..aku bukanlah berniat untuk menang ..tapi kalau menang rezeki aku kalau tak menang rezeki org lain..alhamdulilah..aku berjaya hingga minggu kelapan..jd yg ada astro mengenaliku..yg takdak astro ..memang tak kenailah.

.aku dah lali dengan pujian..makian org ramai ,kutukan dan mcm2 lg..tp bg aku itu dalah satu lumrah hidup ,biarlah aku belajar menahan diri dari semua cemuhan itu..tp aku tak pernah lari dari cita2 ku ingin menjadi seorang pemimpin...aku berkawan dengan semua org..kawan2 baikku yg bnyak memberi bantuan dan dorongan seperti nama TOKDIN,TOK PANJANG,MAT TARIQ,ARSHAD,PAKYA KASUT,LI KOMUNIS,MIE BUNDLE,HALIM,CHOP PERDA,PAKYEH dan ramai lagi aku terlupa nama mereka..mereka ni adalah peniaga yg susah sama susah..senang sama senang..merekalah yg bnyak memberi cetusan hidup supaya aku menjadi seorang yg kuat dan tabah dalam erti hidup...bukannya ahli2 politik pas atau pon umno..tapi bila aku bergelar artis pemimpin politik ini pon menjadi kawan taik2 ayam...dalam erti kata berkawan tidak ihklas..

tapi aku berhati2 dalam berkawan..aku mempercayai pada perjuangan aku sendiri yg tak bergantung pada politik mereka..aku ada masa depan sendiri..umur aku sekarang dah memasuki alam 30an..bnyak kepincangan dan kecacatan yg berliku dalam politik sekarang..apabila aku bersedia berlawan untuk mengharmonikan perjuangan masrakat yg senasib denganku..aku akan cuba sdaya upaya bg membaik pulih kepincangan yg berlaku..adalah tidak adil apabila bantuan dan pertolongan diberikan pada ahli parti sahaja..sbb itu lah aku memilih BEBAS ..sbb aku akan bertanding sebagai tiket BEBAS..INSYAALAH..TAWAKAL..,TIADA RIAK,DENGKI,KHIANAT DAN TAMAK HALOBA dalam diriku,,yg ingin aku perjuangkan hnyalah masyarakat yg masih mencari cara jalan keluar dari belenggunya kemiskinan.

.aku tidak menjanjikan wang berjuta pada anda..aku tidak menjanjikan kemewahan..sbb aku golongan yg bukan berharta ..tapi aku berani tampil kedepan untuk membawa pembaharuan dalam politik DUN N7 KUALA NERANG...aku hnya inginkan iringan DOA dan kepercayaan padaku untuk membuat perubahan dikawasan kuala nerang..jika nasib tidak menebelahiku..akan ku bertanding sampai mati!!!!!!itu lah perjuangan murni bg masyarakat

sebagai seorang kawan yang pernah bersama hidup susah dan miskin bersamanya, abu Nawas ucapkan selamat maju jaya kepada Leman. Cuma pesan Abu Nawas kepada Leman jangan ada sesuatu yang di sembunyikan di sebalik tawaran awal menajadi calon Bebas di KualaNerang dalam erti kata lain jangan ada pakatan sulit dengan umno untuk memperdaya rakyat..

Blackend Is The End

Dyers Eve