To Live Is to Die

free counters

Rabu, 14 September 2011

SELEPAS UMNO KINI TIBA GILIRAN USTAZ NORAZLI MUSA FITNAH PEJUANG KEMERDEKAAN




Nak kata bodoh dia ostad tapi bila bikin kenyataan bodoh nak kata apa lagi melainkan bodoh, Ostad janggut ni di status FBnya telah menulis yang komunis ni tak ada agama dan tak percaya tuhan.

Seolah olah hanya orang yang berserban dan berjanggut sajalah yang ada agama, seolah olah orang yang sokong Pas sajalah yang percaya Tuhan.

Beginilah jadinya kalau tak pernah keluaq dari tempurung. Yang dia tahu apa yang ada dalam tempurung tu sajalah kecantikan dan keindahan.

Tak perlulah nak berhujah panjang tentang agama dan tidak percaya tuhan. Contoh paling mudah ialah apa yang terjadi dalam kehidupan bekas2 perajurit rejimen ke 10 adalah dalil paling jelas dan terang bahwa orang2 komunis yang beragama Islam terus beramal dengan Islam walaupun mereka berada di dalam hutan.

Kalaulah Islam sudah tidak menjadi keutamaan mereka lagi, apakah perlu Suriani Abdullah yang sebelumnya adalah seorang cina budha memeluk agama Islam apabila beerkahwin dengan Abdullah CD.

Begitu juga dengan isteri Rashid Maidin yang juga bukan seorang yang beragama Islam tetapi memeluki Islam kerana berkahwin dengan Rashid Maidin.

Lebih mudah untuk di fahami, apakah perlu kepada perkahwinan sekiranya orang2 Islam komunis ini tak ada agama. Apakah lebih baik main sondol saja seperti apa yang berlaku kepada orang Islam yang tidak duduk di dalam hutan hari ini.

Apakah lebih mulia anak anak orang islam yang di dalam kad pengenalannya tertulis dengan agama Islam tetapi kehidupan mereka seperti tidak ada agama dengan komunis yang kononnya tak ada agama tapi tetap bertahan dengan agama islam mereka sehingga ke akhir hidup mereka.

walaupun mereka di tuduh dengan tidak punya agama dan tidak percaya tuhan tetapi berapa ramaikah orang komunis yang Islam telah murtad?

Lihat pula komen mereka yang otaknya sejengkal tentang komunis.:-

Hujah yang mereka ambil adalah dari Jejak rasul. Sanggup berfaktakan auta dari rancangan TV3.

Lihat lagu jawapan pada persoalan aku apakah rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh mati masuk neraka. jawapannya "YA" semua orang komunis Islam akan mati masuk neraka sebab tak tahu mereka sempat bertaubat atau tidak.

Fuhh memang hebat manusia ini. Siapa yang tak sokong parti mereka maka tempat yang akhir baginya ialah neraka.

BERTAUBAT!! Bertaubat kerana apa? kerana mereka komunis ka? bertaubat kerana mereka ini menentang penjajah dengan mengankat senjata ka?

Dan seperti biasa bila tanya apakah itu komunis maka jawapannya ialah
Maka kesimpulannya ialah tak perlu lagi menilai tahap penegatahuan mereka2 ini tentang komunis kerana mereka memang tidak tahu...

Sedih sekali seorang ustaz sanggup menabur fitnah yang amat besar kepada pejuang yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka sebagai kafir...

Blackend Is The End

Dyers Eve