PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

IKLAN 3

IKLAN 3
Kembara Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam Bersama Pyanhabib

Ahad, 23 Oktober 2011

BERITA DARI PERKAMPUNGAN BEKAS PERAJURIT TENTERA RAKYAT DI SUKHIRIN

Pada 21 - 23 Oktober, seramai 20 orang para guru dan murid dari Sekolah Menengah Darussalam, Narathiwat telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12. Difahamkan kunjungan ini adalah untuk melihat keunikan kampung ini sebagai kampung di tengah hutan dan untuk mengetahui latar belakang sejarahnya.

Dalam kunjungan ini para guru dan murid tersebut telah menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti kem lama dan terowong Rejimen Ke-10, muzium sejarah juga tak melepaskan peluang menziarahi Abdullah C.D. dan veteran Rejimen Ke-10 lainnya yang kini sudah lanjut usia.

Berikut adalah pilihan gambar-gambar kunjungan tersebut, dirakam oleh seorang mahasiswa yang juga anak generasi baru Kampung Perdamaian Sukhirin.


merakam gambar kenang-kenangan dengan Abdullah C.D.



melawat muzium sejarah





di depan pintu terowong


kenangan bersama tugu kesatria Rejimen Ke-10


sarapan di dewan makan