Blackend Is The End

Sabtu, 22 Oktober 2011

ISU DR AZIZ BARI : KENYATAAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)


Parti Sosialis Malaysia (PSM) menganggap tindakan mengantung pensyarah kanan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai tindakan bacul dan kurang profesyenal. Tindakan ini juga menjurus kepada mencabul hak kebebasan akademik dan hak memberikan pendapat iaitu satu hak perlembagaan. Tindakan Universiti bahawa tindakan diambil kerana beliau memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti adalah satu alasan yang cukup remeh untuk mengantung beliau..

Tindakan mengantung beliau memberi satu amaran keras bahawa hak mengeluarkan pandangan dan hak akademik hanyalah boleh pakai andaikata seorang itu berkata hujah-hujah yang menyokong parti pemerintah. Tindakan ini juga sekali lagi mengambarkan bahawa ada campurtangan politik dalam keputusan mengantung beliau memandangkan desakan untuk mengambil tindakan terhadap beliau datangnya dari UMNO dan kuncu-kuncunya.

Tindakan ini sekali lagi mencetuskan persoalan, “cakap tak serupa bikin”. Disatu pihak Perdana Menteri berkata bahawa beliau membuat transformasi politik dengan memberikan lebih hak kebebasan dan pentadbiran yang lebih tranparensi. Tetapi pada realitinya, setiap suara pembangkang diambil tindakan dengan pelbagai cara yang anti demokratik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akademik yang bebas dan bermaruah. Beliau pernah memberi pelbagai pandangan dan pandangan beliau juga bukannya bias kepada satu kumpulan sahaja kerana beliau juga pernah mengkritik parti pembangkang dan sebagainya. Beliau juga pernah melahirkan peguam-peguam dari UIA yang berani dan berjiwa rakyat. Tindakan keatas beliau adalah satu tindakan yang cukup memalukan untuk UIA dan untuk Negara kita.

PSM meminta pihak Universiti sertamerta meminta maaf selain dari membenarkan beliau bertugas kembali seperti biasa. PSM bersama gerakan rakyat pelbagai kaum dan agama akan terus memperjuangkan hak dan kebebasan akademik sentiasa dilindungi.

S. Arutchelvan
Setiausaha Agung
019-2537791

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve