Blackend Is The End

Selasa, 11 Oktober 2011

LAGI JEMAAH HAJI TERJATUH DI MEKAH


Selepas peristiwa jemaah haji wanita terjatuh bangunan ketika mengerjakan haji di Mekah, hari ini seorang jemaah lagi telah di jumpai terjatuh di pejabat tabung haji di sana.

Saksi kejadian mengatakan jemaah lelaki tersebut tidak jatuh bangunan tetapi telah jatuh hati dengan pegawai Tabung Haji yang berstatus anak dara tua.

Opss maaf ini cerita gossip... sebenarnya Abu Nawas nak cerita bab ini :-
Wauuu... ini sudah hebat..sekarang sudah ramai tak mau makan rasuah. Ini mesti kes takut mati jatuh bangunan. Fuhh bahaya betul sekarang ni sapa makan rasuah, silap2 haribulan mati jatuh bangunan.

Tapi kalau nak selamat mesti makan rasuah banyak banyak kerana bila makan banyak rasuah susah sikit nak jatuh bangunan sebab anjing anjing yang dok tolak orang jatuh bangunan tu, depa boleh tumpang sama duit rasuah tu.

Ini semua cerita temberang. Mana ada Rasuah kurang, yang kurangnya ialah orang tak rasuah. Selagi dia punya tandatangan ada laku maka selagi tu la dia makan rasuah.

Rasuah itu haram sekira namanya rasuah tetapi untuk menghalalkan rasuah maka yang perlu di buat ialah tukar saja perkataan rasuah itu kepada perkataan yang lain. Contohnya di tukar kepada sumbangan, komisyen dan untuk jadikan rasuah itu mendapat pahala tukarlah perkataan rasuah itu kepada Imfa'.

Lagi kuat orang itu anti rasuah maka lagi kuatlah dia makan rasuah. Jika dulu rasuah cukup sinonim dengan polis tapi sekarang ni polis yang makan rasuah telah jatuh rangkingnya jika nak di bandingan dengan polis.

Guru makan rasuah, Kadi makan rasuah, Imam makan rasuah, Paderi makan rasuah, Tok sami makan rasuah, Wakil Rakyat makan rasuah, Menteri Makan rasuah, Ustaz makan rasuah, Umno makan rasuah, Pas makan rasuah.

Paling dasyat anjing anjing yang kerjanya anti rasuahlah paling kuat makan rasuah. Kalau si pesalah rasuah makan RM1ribu si anjing2 yang tangkap pesalah rasuah ni pulak makan 2 kali ganda.

Opss lupa nak bagitau..kalau ada sapa2 yang nak bagi rasuah pada Abu Nawas pun ok..Abu Nawas pun teringin nak makan rasuah jugak.....

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve