Blackend Is The End

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perbahasan Terhadap Belanjawan 2012 - Jeyakumar Devaraj, MP Sungai Siput (PSM)


Terima kasih Tuan Speaker memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2012. Izinkan saya merujuk pada 2 keratan akhbar. Pada 13/10 2011, article di Starbiz telah mengatakan.

"Philippine President unveiled a 72 bilion peso (US 1.7bil) stimulus package of public works and poverty reduction projects as a weakening global economy forced the country to cut growth forecasts."

Pada hari yang sama satu article dalam Star mengatakan "The Monetary Authority of Singapore warned that the headwinds from slower global growth will mean slower growth in Singapore in the next few years."

Negara-negara lain di rantau ini terasa khuatir. Mereka sedar keadaan ekonomi global tercabar dengan kemungkinan kegawatan wujud, dan mereka menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi mereka untuk tahun hadapan. Tetapi kita di Malaysia, nampaknya tidak bermasalah. Menteri Kewangan kita mengatakan kadar pertumbuhan GDP kita akan capai 5.5% dalam tahun ini walaupun kadar pertumbuhan adalah hanya 4.6% dalam 3 bulan pertama dan 4.0% dalam 3 bulan kedua tahun ini. Kerajaan kita yakin pertumbuhan GDP negara sebanyak 5.5% boleh dicapai bukan sahaja tahun ini tetapi juga untuk tahun depan. Kerajaan mengatakan "fundamentals" ekonomi kita adalah kukuh.

Apakah ertinya ini? Memang kadar pengangguran kita rendah dan kadar inflasi juga rendah. Tetapi bolehkah perkara-perkara seperti ini melindung kita daripada kesan buruk kegawatan ekonomi dunia? Kita adalah sebuah negara yang mengekspot 53% daripada keluaran negara kita setiap tahun. Sudah tentu walaupun bagaimanapun kuat "fundamental" kita, kemelesetan perminataan di luar negara akan membawa kesan negatif terhadap kadar pertumbuhan ekonomi kita.

Tetapi kerajaan kita menafikan hakikat ini. Kerajaan mengatakan bahawa untuk tempoh Januari hingga Julai 2010, Eropah merupakan pengimpot keluaran Malaysia ke-empat sahaja (sebanyak RM 39.8 bilion), di belakang Singapura (RM 48.6 bil), ASEAN, dan Cina (RM 46.7 bil). Oleh itu, kata Menteri kita, kelembapan ekonomi Eropah tidak akan membawa kesan sebegitu besar kerana dia bukan pengimpot yang begitu penting.

Adakah kerajaan betul-betul keliru terhadap hujah ini, ataupun sedang berusaha untuk mengelirukan orang awam? Memang Singapura merupakan pengimpot terbesar barangan Malaysia mengikut angka-angka kerajaan. Yang diimpot oleh Singapura dipakai habis oleh rakyat Singapurakah? Sudah tentu tidak! Kebanyakan daripada barangan Malaysia yang diimpot oleh Singapura adalah untuk diekspot ke negara-negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.

Kerajaan kita juga mengatakan kadar perkembangan GDP negara Cina dan India akan memastikan GDP Malaysia juga akan terus berkembang walaupun berlakunya kemelesetan di Eropah.

Tuan Speaker, GDP ataupun Keluaran Kasar Dalaman Eropah adalah USD 16.2 trillion dalam tahun 2010 mengikut statistik IMF, lebih besar daripada GDP Amerika Syarikat yang berada di tahap USD 14.5 trillion! GDP Eropah merupakan lebih daripada 25% jumlah GDP sedunia yang berada di tahap USD 62.9 trillion pada tahun 2010.

GDP negara Cina adalah USD 5.9 trillion pada 2010 dan India hanya USD 1.6 trillion. Jadi untuk berhujjah kita tak perlu bimbang kerana pertumbuhan ekonomi Cina dan India masing-masing adalah di kadar 7 hingga 9% adalah satu hujjah yang tidak berdasarkan fakta. Kerana kemelestan dalam ekonomi Eropah sudah tentu akan mengurangkan kadar perumbuhan ekonomi di Cina dan India juga. Ekonomi dunia adalah saling mempengaruhi "inter-connected" dan kemelesetan di Eropah ataupun di Amerika mesti bawa kesan negatif pada seluruh dunia.

Dalam Business Times bertarikh 10/10/11 adalah artikel bertajuk "China exporters hurting as Eurozone crisi deepens" yang merakamkan "The European Union is the world's biggest buyer of Chinese exports - worth about USD 380 billion in 2010 - and a collapse in demand could trigger heavy job losses in China".

Jadi anggaran Menteri Kewangan bahawa GDP negara kita akan terus berkembang sebanyak antara 5 - 6% tahun hadapan aadalah sesuatu yang bukan sahja tidak realsitik tetapi satu jangkaan polisi yang kurang bertanggungjawab.

Mengapa saya kata kurang bertanggungjawab?

Kerana adalah begitu penting untuk sesebuah negara untuk mencipta pelan ekonomi yang realistik. Bagaimanakah negara kita akan menangani cabaran-cabarn ekonomi yang mungkin akan menimbul dalam tahun yang akan datang?

Satu isu yang kita harus ambil berat adalah defisit negara yang tinggi dan hutang kerajaan yang di paras yang membimbangkan. Punca utama bagi pendapatan kerajaan kita adalah cukai-cukai. Dianggar oleh kerajaan bahawa RM 135.6 bilion akan dikutip oleh kerajaan dalam tahun 2012 sebagai cukai. Ini merupakan hampir 70% daripada jumlah pendapatan kerajaan untuk 2012. Jika ekspot kita ke Eropah dan Amerika Syarikat menurun sudah tentu untung syarikat akan juga menurun dan cukai korporat juga akan mengucup. Cukai individu juga akan turun.

Tetapi, Tuan Speaker perbelanjaan kerajaan tidak akan diturunkan oleh kemelestan di Eropah. Emolumen tetap dibayar. Bayaran untuk membina jalanraya dan bangunan harus terus dibayar. Oleh itu defisit kita akan melambung ke paras yang lebih daripada RM 43 bilion yang dinaytakan dalam Belanjawa 2012.

Jika kerajaan kita bersifat realistik, mereka akan menerima hakikat bahawa kemungkinan kegawatan ekonomi dunia adalah besar. Masalah hutang kerajaan semakin serius dan ada kemungkinan besar ianya akan membawa pada "default" negara seperti Greece. Ini akan mencetuskan kemuflisan beberapa buah bank yang telah membeli bond-bond negara Greece. Kapasiti banyak negara untuk menyelamatkan bank-bank terlibat telahpun diperlemahkan kerana mereka juga menghadapi masalah hutang yang besar. Hutang kerajaan Jerman telah sampai ke tahap 80% GDPnya dan untuk negara Amerika Syarikat, hutang kerajaan telah sampai 99% GDP Amerika Syarikat.

Jika kita sedar dan menerima kemungkinan kegawatan ekonomi dunia tahun depan, kita boleh menyediakan negara kita untuk menghadapinya. Kita masih belum melaksanakan Tabung Berhenti Kerja untuk memberi perlindungan pada para pekerja yang di"locked out" oleh syarikat yang muflis. Biasanya pekerja seperti ini tidak dapat sebarang pampasan kerana majikan mereka bankrup, seperti berlaku pada pekerja Nikko di Butterworth 3 tahun dahulu. Tabung Retrenchment ini boleh membantu dalam hal ini.

Ramai keluarga biasa akan menghadapi masalah dalam membayar balik pinjaman perumahan dan perniagaan dalam masa kegawatan. Adalah wajar kerajaan menubuhkan suatu tabung khas untuk membantu rumah-rumah tangga untuk menstruktur semula pinjaman mereka. Jika tidak, ramai keluarga yang akan kehilangan rumah kerana ditarik oleh bank.

Satu kerajaan yang peka pada masalah rakyat akan menyediakan beberapa program dan tabung untuk membantu orang biasa sekiranya kegawatan berlaku. Tetapi untuk melakukan ini, kerajaan itu mesti menerima risiko kegawatan. Tetapi kerajaan kita dalam "denial" Mereka menafikan kemungkinan kegawatan ekonomi. 5.5% pertumbuhan ekonomi akan berterusan ikut kata Menteri Kewangan.

Kerajaan mesti bertanggungjawab dan membentang ramalan ekonomi yang realistik dan berdasarkan fakta, bukan seperti dibentang oleh Menteri Kewangan!

Tuan Speaker, ekonomi dunia sedang menghadapi cabaran yang amat serius. Katakan kegawatan berlaku tahun depan, ini akan merupakan suatu kegawatan yang luar biasa. Kenapa?

Biasanya apabila kegawatan berlaku, kaedah yang digunapakai oleh kerajaan adalah kaedah yang dikemukakan oleh Keynes ia-itu "counter-cyclic spending" di mana kerajaan sendiri membelanja untuk memacukan permintaan kasar di negara mereka. Malangnya kaedah ini sukar dipakai untuk mengendalikan kegawatan 2012 kerana kegawatan 2012 dicetuskan oleh kemuflisan kerajaan sendiri. Beban hutang negara-negara maju adalah amat tinggi. Mereka tidak berdaya meningkatkan perbelanjaan mereka untuk mengawal kemelesetan ekonomi mereka. Siapakah yang akan meminjamkan mereka dana untuk mempertingkatkan perbelanjaan mereka?

Apakah sebab kesakitan ekonomi dunia ini ?

Kami, pihak Sosialis, percaya bahawa sebab utama adalah kelembapan permintaan kasar ataupun "weak aggregate demand" di peringkat sedunia. Seseorang pemodal mengeluarkan barangan kerana beliau mahu jual barangan itu dengan harga yang membawa untung.

Seorang pengkilang kasut umpamanya tidak keluarkan kasut kerana dia suka kasut ataupun itu hobi beliau. Beliau keluarkan kasut dengan harapan dapat menjual kasut-kasut untuk mendapatkan untung. Jika tidak dapat menjual semua kasut yang dibuat, pengilang ini akan mengurangkan pengeluaran kasut. Sama juga untuk pengkilang television, kereta, aircon dan semua barangan lain. Mereka mengeluarkan barangan dengan tujuan menjual untuk mencapai untung.

Masalahnya adalah permintaan kasar tidak mencukupi untuk membeli semua barangan yang boleh dikeluarkan oleh kilang-kilang yang sedia ada. Wujudnya kelebihan dalam kapasiti mengeluarkan barangan. Istilahnya adalah "overcapacity" dalam Inggeris. Oleh itu, pemodal besar berkurangan peluang melabur dalam sektor pengkilangan. Mereka terpaksa mencari peluang pelaburan yang lain. Itulah sebab mereka melabur dalam saham, dan mata wang asing, "commoditiy futures' dan dalam derivatives.

Izinkan saya memberi satu contoh konkrit. Pada hujung tahun lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah cuba merangsangkan ekonomi mereka dengan pakai kaedah "quantitative easing". Kadar pengangguran di Amerika begitu tinggi, dan kerajaan berhasrat menggalakkan penubuhan kilang baru yang boleh menawar kerja pada orang yang menanggur.

Untuk mencapai matlamat ini Federal Reserve di Amerika Syarikat telah membeli balik bond-bond sebanyak USD 600 bilion dalam usaha menyuntikkan duit ke dalam ekonomi. Ini merupakan 5% daripada KDNK Amerika - satu jumlah yang besar. Tetapi, usaha ini tidak menjana ramai jawatan kerja tetapi telah membawa pada spekulasi di pasaran saham dan derivative (harapan kosong) di Amerika sendiri dan juga di pasaran-pasaran finans di beberapa buah negara. Ini membuktikan masalah pokok bukannya ketiadaan modal di tangan pengkilang tetapi kelembapan dalam permintaan.

Mengapa permintaan kasar lembap?

Tuan yg DiPertua, 70% daripada permintaan kasar adalah daripada permintaan pengguna biasa dan 15% adalah daripada kerajaan sendiri. 15% yang baki adalah daripada pemodal. Dalam 20 tahun yang lalu, bilangan kerja di negara-negara maju telah menurun, akibat tindakan firma-firma mereka berpindah ke negara-negara dunia ketiga di mana gaji jauh lebih rendah berbanding negara asal. Walaupun kerja baru telah dibawa masuk ke negara sedang membangun, permintaan pengguna di perengkat dunia turun kerana gaji di sana jauh lebih rendah.

Untuk pendapatan kerajaan pula, dalam 20 tahun yang lalu negara-negara maju telah mengalami penrunan kerana banyak firma telah berpindah ke negara ketiga dan juga kerana kadar cukai terhadap koporat telah dikurangkan. Di Malaysia juga kita sudah mengurang kadar cukai koporat. Dulu, pada 1980an cukai koporat adalah 40%, tetapi sekarang telah diturunkan ke tahap 26% sahja. Dan oleh kerana kita mahu bersaing dengan negara serantau untuk FDI ada pihak dalam negara kita yang mahu menurunkan kadar cukai kita lagi. Kerana Singapura dan Thailand hanya mengenakan cukai koporat sebanyak 19%.

Tuan Speaker, secara mudah difaham, penduduk dunia boleh dianggap sebagai dalam 3 kumpulan penting. Satu adalah rakyat biasa yang mewakili 80% bilangan penduduk. Kedua adalah kerajaan. Dan yang ketiga adalah 1% rakyat yang terkaya ataupun high networth individuals. Dalam 20 tahun yang lalu 1% manusia yang terkaya ini telah menjadi maha kaya manakala pendapatan sebenar (Real income) 80% rakyat dunia statik ataupun menurun.

Izinkan saya menbaca satu lagi keratan akhbar. Ini daripada Starbiz bertarikh 17/10/2011. Bukan paper Parti Sosialis tetapi daripada media mainstream. Artikel betarikh "America's Primal Scream" mengatakan bahawa

  • the 400 wealthiest Americans have a greater combined net worth than the bottom 150 million Americans;
  • the top 1% of Americans possess more wealth than the entire bottom 90%;
  • In the Bush expansion from 2002 to 2007, 65% of economic gains went to the richest 1%.

Cara atasi masalah kelembapan dalam permintaan kasar adalah mudah sahaja

  1. Gaji pekerja harus dinaikkan;
  2. contractualization kerja harus disekat dan dihadkan hanya ke kerja-kerja yang bersifat bermusim;
  3. sekatan dan tindasan terhadap kesatuan pekerja harus dihentikan dan kesatuan diberi perlindungan
  4. Tax terhadap koporat harus ditingkatkan.

Senang sahjaa apa yang harus dilakukan. Tetapi ini tidak boleh dilaksanakan oleh satu negara sahaja.Kerana jika Malaysia mengambil tindakan seperti ini, kami akan kehilangan pelabur ke negara-negara lain. Oleh itu, tindakan-tindakan yang saya senaraikan tadi, harus dijadikan agenda antarabangsa. Kita sedang mengadakan perundingan Trans Pacific Partnership dan FTA dengan Europah. Malangnya agenda perundingan FTA-FTA ini ikut agenda koporat. Apa yang rakyat memerlukan adalah persetujuan antarabangsa yang pro-rakyat - yang membawa persetujuan semua negara menaikkan gaji pekerja dan juga cukai koporat. Negara yang tidak mengikut persetujuan ini harus dikenankan tarif terhadap barangan keluarannya.

Bolehkah kerajaan kita menerajui pendekatan seperti ini? Menjadi pemimpin dalam menubuhkan satu sistem ekonomi global yang baru?

Satu lagi kaedah yang boleh dilaksanakan adalah apa yang digelar "Tobin Tax". James Tobin adalah seorang pakar ekonomi yang pernah dianugerah Nobel Prize. Beliau telah mencadangkan cukai sebanyak 0.5% terhadap tiap penjualan mata wang asing. Ada beberapa orang pakar ekonomi yang lain yang mengesyorkan cukai ini diperluaskan untuk semua transeksi kewangan termasuk "commodity futures" dan pembelian saham.

Memang tindakan seperti ini tidak boleh dilaksanakan oleh satu negara bersenderian tetapi harus dilaksanakan di semua bursa saham serentak.

Bolehkah kerajaan kita membawa ide-ide seperti ini ke perengkat antarabangsa untuk berbincang dengan kerajaan-kerajaan lain? Rakyat di merata tempat dahaga untuk satu sistem ekonomi global yang lebih "inclusive" dan yang lebih adil. Mereka menolak sistem yang sedia ada yang hanya mementingkan pihak koporat sehingga 1% dapat membolot sebahagian besar daripada kekayaan dunia manakala kaum majoriti hidup derita - tidak dapat kerja, dan kemudahan asas ditarik balik sedikit demi sedikit.

Inilah ertinya "Wall Street Occupation "yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat baru-baru ini. Rakyat England juga telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kenaikan yuran universiti. Rakyat Perancis telah membantah penurunan kemudahan pensen dan rakyat Espanyol, Ireland dan Greece turun berdemo membantah usaha memotong kemudahan asas pada mereka. Bantahan rakyat terhadap sistem global yang tidak adil juga kedengaran di negara-negara Timur Tengah, the Arab Spring.

Rakyat biasa telah mengeluarkan perasaan mereka. Tetapi nampaknya, kerajaan kita tidak sanggup menerajui konsep-konsep baru ini. Kerajaan Malaysia masih terperangkap dalam pemikiran pro-koporat, dan adalah dalam keadaan denial terhadap kebankrupan pendekatan pro-koporat.

Belanjawan 2012 dengan jelas-jelasnya membuktikan kerajaan BN tidak mempunyai kapasiti untuk mengendalikan negara kita dalam zaman yang mencabar ini. Dengan izin Tuan Speaker, "they do not have a clue!"

Oleh itu saya menyeru pada rakyat Malaysia, buatlah pilihan yang berani dalam PRU 13 yang akan datang ta lama lagi. Tukarkanlah kerajaan di perengkat Putra Jaya. Kita sangat memerlukan perubahan seperti itu untuk kesejahteraan kita semua.

Terima kasih
Dr Jeyakumar Devaraj
Ahli Parlimen Sg Siput

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve