To Live Is to Die

free counters

Isnin, 24 Oktober 2011

TOK GURU NIK AZIZ, CEPAT CEPATLAH KAU MATI!


Antara manusia yang menjadi penghalang besar kepada usaha membentuk kerajaan perpaduan Pas/Umno ialah Tok Guru Nik Aziz dan Mat Sabu.

Apabila Mat Sabu berjaya memenangi kerusi no 2 dalam parti Pas maka kumpulan2 yang teramat terlioq dengan umno cukup merasa kecewa yang amat sangat.

Kemenangan Mat sabu menandakan usaha mereka terpaksa terbantut seketika. Namun begitu adalah perlu di ingatkan Mat sabu tidak kan berjaya menenangi kerusi timbalan sekiranya dia bertanding satu lawan satu.

Undi kepada pro Pas/Umno telah terpecah 2 apabila calon ketika muncul di saat akhir. Usaha meletakan calon ketika ini sebenarnya untuk mengagalkan Mat Sabu yang di lihat telah terlalu kedepan berbanding Nasharuddin Mat Isa. Namun begitu percaturan mereka telah memakan diri apabila pecahan undi begitu ketara sehinggakan menyebabkan Mat Sabu menang.

Walaupun begitu usaha kumpulan ini berjalan berterusan dan yang paling akhir ialah mereka sekali lagi berselindung atas nama NGO bersekongkol dengan umno untuk meneruskan propaganda dengan nama Islam untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat.

Pandangan Tok Guru sebagai Musyidul Am parti mereka sudah tidak ambil kira lagi. Keputusan parti yang di buat oleh pimpinan tertinggi parti mereka hanyalah lakonan semata mata.

Cuba tengok yang ini :-

Kemudian baca yang ini pulak :-
Berputar putar macam gasing. Ooo rupa2nya kalau nak buat apa pun kita kena declare dulu. Kalau nak minum arak kena declare dulu kita ni bukan Islam lepas tu bolehlah minum.

Sebenarnya tak payah mencari fakta dan hujah kerana semua orang tahu yang Hasan ali adalah seorang pencinta umno yang setia. Nak masuk umno terus nanti takut hilang elaun exco.

Bukan sikit elaun exco tu. jadi pura2lah bikin sedih pasai ramai orang Islam dah murtad. Apa yang dia buat dengan jawatan exco agama yang dia pegang tu untuk mengelakkan orang Islam murtad. Kalau setakat nak mai teriak dalam himpunan tu Mahathir pun boleh buat.Sedangkan bukan dia tak tahu beberapa orang yang berada di barisan bersamanya di pentas utama itu pun ada yang telah murtad. Apa yang Harusani buat bila Menteri Besaq negeri dia buat ini :-Bukan dia tak tahu yang berada di pentas bersamanya itu tidak bersetuju dengan hukum Hudud malah ada yang sanggup maki hamun hukum hudud.

Bukan dia tak tahu yang berada di pentas bersamanya itu adalah orang yang sangat sangat benci pada Pas dan Islam.

Semua dia tahu..mana mungkin dia tak tahu tetapi kerana di hatinya penuh dengan rasa sangsi kepada rakan2 dalam PR iaitu PKR dan DAP maka dia sanggup menjadi pak turuk kepada agenda umno untuk terus mempertahankan kuasa.

Inilah manusia yang menjadikan agama sebagai alat untuk melindungi perbuatan jahatnya untuk mengkhianati rakyat. Hassan Ali dan kumpulan pro Umno di dalam Pas terutamanya pemudanya akan berusaha terus menerus untuk menjayakan agenda Umno.

Kalau boleh mereka mahu Tok Guru Nik Aziz cepat cepat mati agar usaha mereka ini akan lebih mudah lagi tanpa halangan dari Tok Guru.. Itu yang mereka mahu...

Blackend Is The End

Dyers Eve