To Live Is to Die

free counters

Ahad, 6 November 2011

KORBAN DI PAGI AIDILADHA: 70 NELAYAN MAUT DI BACHOK KELANTAN.


Bachok, 6 november 2011. Suasana pilu di pagi raya korban telah melanda 70 orang nelayan di Bachok Kelantan apabila mereka semua telah terkorban dalam satu kemalangan negeri yang melibatkan kereta lembu yang di naiki mereka bertembung dengan kereta kuda yang membawa sampah sarap.

Kejadian itu turut di saksikan oleh Awang Adek iaitu bapak lembu di kawasan tersebut. Menurut saksi kejadian Azlan Mamat kemalangan ini sengaja di rancang oleh mereka kerana memandangkan pilihanraya sudah dekat.

Kah kah kah.. Kali ni Awang Adik pulak kena tipu dengan orang Kelantan. Berahim Ali dah selalu kena tipu dengan orang kelantan setiap kali pilihanraya. Markas Berahim Ali penuh orang..meja panas Berahim Ali penuh orang tapi bila keluaq keputusan Berahim Ali tak pernah menang Pilihanraya.

Sampailah Berahim Ali tipu Tok Guru dan orang Pas Kelantan yg kononnya dia dah insaf dan nak duduk atas tangga rumah Pas. Bila Pas kasi kerusinya pada Berahim Ali barulah Berahim Ali boleh menang pilihanraya.

Orang Kelantan selalu tipu Berahim Ali tapi Berahim Ali pulak tipu sama Pas kah kah kah. Bijak2 Tok Guru pun boleh kena kelentong dengan Berahim Ali.

Hari ni Awang Adik pulak nak kena tipu dengan orang Kelantan. Orang Kelantan buat2 masuk umno untuk sapu duit macam depa buat pada Berahim Ali dulu.

Ini baru orang bijak.Peduli apa orang nak kata apa janji duit masuk... Kalau dok kira dengan orang kata..habuk pun tarak. Isi borang umno bukannya isi borang masuk neraka.

Jangan dok marah kat depa ni pasai masuk umno. Depa masuk umno sebab nak cari habuan saja. Undi belum tau lagi.

Dekat PRU ni la kita kena sapu habis habisan. Duit umno ka duit Pas ka, duit PKr ka semua kita kena sapu. Lepas PRU nanti jangan harap la nak rasa duit depa. Bagi salam pun depa tak jawab dah.

Oleh itu marilah kita sapu duit anjing2 politik....sebelum duit kita depa sapu lebih baik kita sapu duit depa dulu kah kah kah

Blackend Is The End

Dyers Eve