To Live Is to Die

free counters

Selasa, 15 November 2011

LEBIH HEBAT DARI GAMBAR FASHA SANDA -

Hari ni heboh dalam blog (Ku terbaca dari siasah Kini dan Anak Sg Derhaka) tentang gambar telanjang Fasha Sanda.. tapi gambaq kat atas ni lagi dasyat...

Ini gambar orang yang mengaku berugama Islam.. bukan gambar komunis yang kononnya tak ada ugama seperti orang melayu dok kena kelentong...

Amaran : di larang pak chu ceng di dalam Cyber Cafe kerana ada CCTV sedang memerhati...

Wauuuu... karaoke......

Kat bawah ni pulak gambaq orang komunis yang kononnya tak percaya tuhan dan tak ada agama :-

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN


80 persen penduduk kampung ini terdiri dari bekas perajurit Rejimen Ke-10 dan anak/cucu mereka yang lahir selepas perdamaian 1989. Walaupun peperangan telah ditamatkan dan perdamaian telahpun dinikmati, namun cop "pengganas komunis", "tidak bertuhan", "anti-agama" dan sebagainya masih dikenakan ke atas mereka.

Berikut adalah pilihan gambar-gambar menyambut Hari Raya Korban di Kampung Perdamaian Sukhirin yang dirakam sebentar tadi.


Seorang anak generasi baru membacakan khutbah Aidiladha merakam gambar kenangan dengan Abdullah C.D. selesai solat.









KORBAN DAN ZIARAH YAYASAN UNIT AMAL DI KAMPUNG PERDAMAIAN

8 November, suasana di Kampung Perdamaian Sukhirin agak lengang kerana kebanyakan warga (mereka yang berasal dari sempadan) pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing. Akan tetapi kekosongan itu telah digantikan dengan aktiviti yang amat bererti - ibadah korban oleh rombongan Yayasan Amal, sebuah badan NGO. Daging korban telah diagihkan kepada seluruh warga.

Bagi pihak warga Kampung Perdamaian Sukhirin, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yayasan Unit Amal dan kepada mereka yang terlibat dalam bahagian korban tersebut. Semoga ibadat korban ini mendapat keredaan dan ganjaran dari Allah Taala.

KINI DAN SILAM difahamkan bahawa, ziarah korban rombongan ini juga bertujuan mencari jawapan atas persoalan benarkan Rejimen Ke-10 "tidak bertuhan" dan "anti-agama" yang terus menerus dipropagandakan oleh Kerajaan UMNO BN, apakah Mat Indra yang memimpin pasukan Melayu menyerang Balai Polis Bukit Kepung pada tahun 1950 "tidak beragama" kerana terlibat dengan PKM?

Abu Nawas kata : Ni mesti kerja Fadzil Komenih dok bawak pi Unit Amal kat sana... Nasib Baik la dalam Pas ada orang macam Fadzil Komineh dan rakan2 yang sewaktu dengannya... Kalau tak dok ikut umno la sampai bila2 kata komunis tak percaya Tuhan..


korban diiringi gema takhbir

Ziarah kediaman Abdullah C.D.

bacaan Al-Quran dari anak-anak generasi baru
persembahan lagu-lagu nasyid
sembang santai bersama warga Kampung Perdamaian

Jamuan bersama warga Kampung Perdamaian

Blackend Is The End

Dyers Eve