Blackend Is The End

Khamis, 29 Disember 2011

DR HASSAN ALI NAFI MOHON MAAF PADA PAS - THE STAR



Hasan menafikan laporan Harakah yang mengatakan beliau ke Kota Baru semata-mata untuk bertemu pemimpin tertinggi Pas dan untuk meminta maaf atas kenyataan yang dibuatnya terhadap parti.

Hasan berkata beliau sudah pun menarik balik komennya yang menyentuh isu Negara Kebajikan semasa press conference dikediamannya pada 24 Disember dan meminta maaf kepada pemimpin parti waktu yang sama.

Hasan kecewa/kesal kerana Harakah telah diberi peringatan supaya jangan lagi memutarbelitkan fakta yang akan menyebabkan kekeliruan dan pecahbelah.

Beliau dijemput hadir ke Kota Baru dan perjumpaan berlangsung dalam suasana yang tenang dan jujur. Antara yang dibincangkan adalah halatuju parti, persiapan PRU dan fungsi Harakah sebagai suara resmi parti..

Mereka yang hadir telah berikan pandangan masing-masing dan beliau turut terharu dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kepimpinan Pas terhadap misinya dalam memperjuangkan Islam dinegara ini.

Apa dah jadi ni? Sapa betul sapa salah? Pak Hassan kata pemimpin Pas yang dok terharu dengan cara perjuangannya tapi Harakah pulak kata Pak Hassan dah mintak maaf kat Pas. Tak pa kita tengok babak seterusnya filem cinta misteri yang menyayat hati ini kah kah kah


To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve