To Live Is to Die

free counters

Ahad, 25 Disember 2011

Khalid Ismath Yang Aku Kenal


Sebelum aku berjumpa dan kenal Khalid Ismath aku sebenarnya tertarik dengan latar belakangnya. Aku tertarik kerana latarbelang pendidikannya yang sejak kecil mendapat pendidikan Islam sehinggalah ke kolej terus dengan pendidikan islam tetapi beliau memilih Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai wadah perjuangannya...

Ini yang membuat aku pelik kerana selalunya orang yg sebegini akan memilih Pas iaitu parti Islam sebagai tapak untuk diri mereka berjuang dalam politik Malaysia.

Setelah aku berjumpa dengannya barulah aku tahu mengapa beliau memilih PSM bukan Pas. Rupanya Khalid di lahirkan dari keluarga yang kuat berpegang dengan Islam. Bapanya berkhikmat dengan Pas sejak dari remaja dan pernah menjadi AJK perhubungan negeri Selangor dan ibunya juga adalah seorang aktivis Pas yang kini memegang pengerusi tetap Muslimat Pas Negeri Selagor.

Namun bapanya telah di buang dari jawatan tersebut gara gara di ketika Hasan Ali memegang jawatan persuruh jaya Pas Selangor beliau tidak mahu ada di antara jawatankuasa perhubungan negeri yang tidak ada kelulusan. Ini adalah kerana bapanya hanyalah berkelulusan SPM dan bagi Hasan Ali orang sebegini tidak ayak bermesyuarat bersama samanya.

Itu adalah antara sebab Khalid berasa amat sedih dengan sikap pemimpin Pas seperti Hasan Ali yang sombong dan angkuh. Namun banyak sebab lagi yang telah membuat Khalid memilih perjuangan rakyat seperti PSM sebagai wadah perjuangannya. Rasanya tidak perlulah bercerita di sini tetapi anda boleh menilai sendiri sekiranya anda duduk bersama2 dengan pemimpin PSM dan bandingkan pulak dengan pemimpin Pas.

Bagi yang belum pernah mengenali Khalid secara peribadi anda mungkin bisa membuat berbagai andaian kepadanya tetapi sekiranya anda mengenalinya, Khalid sebenarnya adalah seorang yang amat lemah lebut dan baik budi bicaranya.

Anda tidak akan menyangka bahawa Khalid yang kelihatan garang ketika berada di barisan hadapan mahasiswa dalam memperjuangkan isu isu rakyat sebenarnya punya sifat yang sebaliknya bila anda bersama samanya.

Bersesuaianlah dengan keluarganya yang amat baik dan berpegang teguh dengan ajaran Islam dari Bapa dan ibunya sehinggalah ke abang dan kakaknya. Abu Nawas berkata begini kerana Abu Nawas bukan saja rapat dengannya malah Abu Nawas rapat sekali dengan keluarganya.

Namun hari ini Khalid berada di dalam kurungan jeriji besi di atas kesalahan yang tidak di  buatnya. Beliau di tuduh memukul polis hanya kerana sekeping gambar yang bukan gambarnya. Gambar ini di sebarkan oleh blog blog umno dengan tanpa rasa bersalah memfitnah Khalid seorang remaja yang baru berusia 22 tahun memukul anggota polis.

Kenapa ia di perlakukan sedemikian rupa? Secara logik dari gambar tersebut pun sudah membuktikan itu bukan khalid malah baju yang berbeza antara individu tersebut dengan Khalid pada hari dan waktu yang sama sudah cukup untuk menjadikan ini sebagai bukti bahawa Khalid tidak bersalah.

Timbul pula tuduhan yang Khalid menulis status di FBnya bersetuju sekiranya polis semua di bunuh. Dia tidak pun mengatakan atau menegeluarkan kenyataan supaya polis di bunuh, dia hanya menulis BERSETUJU.

Lagi pula kenyataan ini di keluarkan setelah ibunya sendiri cedera parah apabila di pijak oleh SB SB pada hari perhimpunan Bersih sabtu lalu. Anak mana yang tidak marah sekiranya ibunya di perlakukan sedemikian rupa tanpa ada perasaan belas. Bayangkanlah sekiranya ibu anda di perlakukan sedemikian rupa apakah ayat yang pertama akan keluar dari mulut anda ?

Malah menurut bapanya Ismath di ketika usaha menyelamatkan ibunya yang telah nazak ketika itu pihak polis ((SB) secara sengaja melontarkan bom asap kepada mereka. Dalam suasana cemas itu bapa dan kakaknya terpaksa mengharungi asap yang memedihkan untuk menyelamatkan ibunya.

Sekiranya ini berlaku kepada anda apakah yang anda rasakan? Ibunya menempuh saat2 antara hidup dan mati.. jadi di dalam keadaan marah dan emosi yang amat sangat perkataan perkatan seperti itu tidak mustahil akan keluar dari mulut sapa saja yang merasakannya.

Sebagai seorang anak yang amat sayang malah Khalid adalh seorang anak manja kepada ibunya sudah pasti tidak dapat menahan perasaan marah apabila ibunya di perlakukan sedemikan rupa.

Abu Nawas ingin bertanyakan polis polis sekalian apakah perasaan polis polis sekalian apabila khabar angin yang di tiup oleh blogger2 umno mengatakan ada anggota polis mati di pukul oleh peserta Bersih hari sabtu lalu walaupun itu hanyalah fitnah semata mata?

Bukankah Khabar angin ini telah menyebabkan polis polis bertindak ganas dan memukul peserta secara tiba tiba tanpa ada sebarang arahan bersurai. Mengapa polis marah sekali bila dapat berita walaupun ianya belum tentu betul atau tidak?

Itu baru khabar angin dan hanyalah seorang kawan di khabarkan di pukul. bagaimana pula jika polis polis mendapat berita ibu mereka sendiri di pukul tanpa belasa kasihan. Apakah tindakan polis sekiranya yang mati itu adalah ibu anda?

Maka dengan itu Abu Nawas berharap pihak polis dapat bertimbang rasa di dalam isu ini. Ya memang di akui Polis terpaksa menjalankan arahan dari atas tapi polis juga mempunyai budi bicara sebagai seorang manusia.

Kita tidak pernah bermusuh dengan polis tetapi kelakuan umno telah menjadikan polis sebagai kambing hitam untuk mengalih kebencian rakyat yang selama ini membenci umno kepada membenci polis.

Abu Nawas sendiri di pukul dan di tahan dalam himpunan Bersih sabtu lalu tetapi secara jujur Abu Nawas maafkan polis yang memukul Abu Nawas hari itu. Abu Nawas tidak mahu menjadikan polis sebagai sasaran kebencian kerana Abu nawas tahu polis bertindak demikian kerana arahan umno.

Status pertama di FB yang Abu Nawas tulis ialah "Aku maafkan semua polis yang memukul aku, aku halalkan" Bukan saja Abu Nawas tulis di dalam FB malah ketika bersembang dengan seorang pegawai polis di dalam Pulapol Abu Nawas juga menyatakan sedemikian.

Ya benar dan memang benar..Abu Nawas tak berdendam dengan polis walaupun Abu nawas di pukul sepanjang perjalanan menuju belakang bangunan Kelab Sultan Sulaiman. Biarlah Abu Nawas di pukul sekiranya ianya adalah salah satu penyebab Umno akan tersungkur dalam PRU nanti

Sekali lagi Abu Nawas bermohon kepada polis agar mempertimbangkanlah tuduhan yang di tujukan kepada Khalid. Janganlah menjadi pak yit kepada umno. Polis jalankanlah tugas sebagai polis tanpa ada sebarang desakan daripada musuh kami yang sebenar.

Polis bukan musuh kami tapi musuh kami yang nyata ialah umno tiada lain melainkan umno.

Bebaskan adik ku Khalid Ismath..

Blackend Is The End

Dyers Eve