To Live Is to Die

free counters

Rabu, 7 Disember 2011

RAHMAT EKAMATRA PULA TURUT JEJAK BOB LOKMAN

Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an. Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu....

“Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan. “Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W. “Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.

.............................................................................................................................................
Ubah jangan tak ubah. Tapi jangan jadi macam Fauziah Mat Daud sudah la..Teriak dalam TV nak kasi tau orang dia sudah ubah. Dari tak pakai tudung sedah pakai tudung. Sudah tak mau jadi pengacara Melodi lagi sebab sudah ubah. Tapi last2 dia yang terubah..

Jangan jugak jadi macam artis kat bawah ni... Dari pelakon gambaq Blue sudah ubah sampai pakai purdah tapi lama lama selai demi selai hijab di bukak semula..Kalau nak ubah jadilah macam Amy Search. Amy Search sudah ubah tapi tetap tak berubah. Amy Search tak jadikan dirinya hidup dalam kepura2an. Amy Search tetap dirinya walaupun sudah ubah.Kalau nak hebat lagi ubahlah macam Bob Lokman untuk jadi orang berani. Jangan ubah pulak Rahmat Ubah dari penyanyi rock kepada penyanyi nasyid sebab orang yang menyanyi nasyid ni kebanyakannya semua pengecut.Ubahlah cara hidup dari yang tak baik kepada yang baik tapi bukan ubah gaya diri untuk menunjukan kita ini sudah berubah.

Macam Abu Nawas kata kalau betul2 nak berubah ubahlah macam Bob Lokman. Tak perlu jadi ustazmacam Bob Lokaman tapi cukuplah jadi berani macam Bon Lokman.

Tak ada gunanya kalau berubah tapi penakut. Jangan jadi Hipokrik macam Lebai kat bawah ni..yang berubah hanya pakaian tapi tabiat suka berlucah tak berubah ubah..kah kah kah..

Blackend Is The End

Dyers Eve